Skip to main content

Hiburan

Trafik Dijangka Capai 2.3 Juta Pengguna Sehari, PLUS Sediakan 6,000 Petugas & 34 Pengaktifan SmartLane Bagi Aidilfitri

PLUS

Sekilas

  • PLUS Malaysia menjangkakan trafik lebuh raya meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, naik 20% berbanding tahun lalu.
  • PLUS melaksanakan langkah strategik termasuk Cadangan Waktu Perjalanan melalui aplikasi MyPLUS-TTA dan mengaktifkan 34 lokasi SmartLane untuk melancarkan aliran trafik.
  • PLUS menempatkan 6,000 petugas khas di lebuh raya serta memastikan kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat selesa bagi membantu pengguna sepanjang musim perayaan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik di lebuh raya kendaliannya akan meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, angka itu diramalkan susulan pertambahan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman sekaligus menunjukkan peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, PLUS telah merangka beberapa langkah strategik termasuk pengagihan trafik melalui Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang boleh dirancang pengguna menerusi aplikasi MyPLUS-TTA bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lebih lebih lancar.

Selain itu, sebanyak 34 lokasi SmartLane akan diaktifkan di lebuh raya utama bagi membantu melancarkan aliran trafik, dan tiada penutupan lorong dijangka berlaku sepanjang tempoh perayaan.

Dalam masa sama, PLUS turut memberi perhatian terhadap kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi memastikan keselesaan pengguna lebuh raya sepanjang musim perayaan.

Tidak terhenti disitu, PLUS juga akan menempatkan kira-kira 6,000 petugas khas di seluruh rangkaian lebuh raya kendalian mereka bagi membantu mengurus aliran trafik serta memberi bantuan kepada pengguna sekiranya berlaku kecemasan.

Orang ramai juga disaran merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan terutama pada waktu puncak.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement