Skip to main content

Hiburan

Tolong Gosok Baju, ‘Mat Salih’ Ajak Zarina Anjoulie Kahwin - “Kau Nak Keluar Dengan Perempuan Lawa Tapi Kemut”

Zarina Anjoulie

Sekilas

  • Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi video dia membantu seorang lelaki mat salih menggosok baju ketika bercuti selepas lelaki itu berkongsi kisah sedihnya.
  • Lelaki tersebut menceritakan dia sudah bercerai dan menghadapi kesukaran, serta sering dikejutkan dengan perempuan yang suka meminjam barang mewah daripadanya.
  • Zarina menolak ajakan lelaki itu untuk berkahwin dan hanya meminta dibelanja Starbucks sebagai balasan bantuan menggosok baju.

Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi video memperlihatkan dia sedangan menggosok baju seorang lelaki ‘mat salih’ ketika sedang bercuti. 

 

Zarina atau mesra disapa sebagai Anju berkata dia membantu menggosokkan baju selepas melihat lelaki itu berkongsi kisah sedihnya. 

 

“Saya tengah teman keluarga buat laundry, lepas itu mat salih ini buat kesian-kesian tak reti gosok baju. Kita pun tolong la. Mind you, saya sendiri gosok baju setahun sekali.

 

“Sebab semua bibik buatkan tapi sebab dia buat muka sedih dia lepas itu cerita dia dah cerai la dah lambat pergi keje la. 

 

“Lepas itu, boleh pula complain asyik kena pow dengan perempuan-perempuan duk gasak dia Prada bag la, ketuk dia la, shopping la,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian, Zarina mendedahkan lelaki tersebut juga mengajaknya berkahwin namun menolaknya secara baik. 

 

“Memang kena bambu la dengan Anju. Kau nak keluar dengan perempuan lawa tapi kemut pui. Dia nak kasi Anju duit iron kan baju dia.

 

“Anju minta belanja Starbucks saja la. Lepas itu ajak kahwin eh sorry tak nak,” ujarnya.

 

Sumber - Za

Must-Watch Video

Advertisement