Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Inul Daratista menzahirkan rasa sedih di atas insiden demontrasi Indonesia yang turut melibatkan rakan artis yang juga memikul tanggungjawab sebagai ahli dewan rakyat (DPR).
“Sedih ya, pasti sedih dengan apa yang berlaku.
Advertisement
“Apa lagi ia juga membabitkan rakan-rakan saya seperti Eko Patrio dan Uya Kuya.
“Tapi semoga ini menjadi pembelajaran buat kita semua,” kata Inul.
Inul ditemui pada sidang mediq Konsert Inul Daratista Live in Malaysia ‘Millenial Dangdut Nusantara’ yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Pada pertemuan sama, penyanyi yang terkenal dengan jolokan goyang gerudi itu juga memaklumkan situasi terkini di republik tersebut.
“Alhamdulillah, situasi sudah semakin reda. Semakin kondunsif. Semoga tidak ada lagi situasi bakar-bakaran,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dirinya yang beberapa kali dilamar untuk menjadi ahli politik dan wakil rakyat, Inul dengan spontan mengatakan dirinya tidak akan pernah bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Saya tidak mahu. Saya sedar kapasiti saya. Saya tahu lulusan sekolah saya tidak tinggi juga.
“Menjaga untuk bisa jadi wakil rakyat itu juga takut tidak amanah. Saya sudah cukup jadi penghibur dan usahawan sahaja,” katanya.
Terkini Inul akan mengadakan konsert di Setia Spice Arena Pulau Pinang pada 6 Disember 2025.
Tidak keseorangan, Inul akan ditemani oleh dua penyanyi dangdut terkenal Malaysia iaitu Baby Shima dan Amelina.