Skip to main content

Hiburan

Tetap Semangat ‘Perform’ Meski Kurang Sihat, Ezad Bikin Lebih 1,000 Penonton ‘Sing Along’ Di Konsert Exists Premium

Exists

Sekilas

  • Konsert Exist Premium di JioSpace, Petaling Jaya berjaya menarik lebih 1,000 peminat hadir pada Sabtu lalu.
  • Vokalis Ezad Lazim tetap bersemangat menyampaikan 21 lagu walaupun kurang sihat, kata pemain keyboard Ajai.
  • Konsert turut menampilkan lagu-lagu rare dan cabutan bertuah dengan hadiah gitar serta set dram untuk penonton bertuah.

Konsert Exist Premium yang diadakan secara langsung di JioSpace, Petaling Jaya, Sabtu lalu mencipta satu lagi sejarah apabila dihadiri lebih 1,000 peminat.

Meskipun dikatakan kurang sihat namun, itu sama sekali tidak merencatkan vokal serta persembahan vokalis Exists iaitu Ezad Lazim untuk menyampaikan 21 buah lagu pada malam tersebut.

Ujar Ajai selaku pemain keyboard, Ezad tetap bersemangat melawan rasa sakit untuk membuat persembahan demi peminat yang hadir.

“Sebenarnya Ezad tak sihat malam ini (Sabtu).

“Tapi bila melihat kalian (penonton), dia lawan rasa sakit dan bersemangat buat persembahan,” kata Ajai ketika persembahan.

Antara lagu yang disampaikan Exists termasuklah Alasanmu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Janji Padamu dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyampaikan beberapa buah lagu yang jarang dibawa iaitu Menantikan Saat Termampu dan Kau Lebih Dari Kejora.

Lebih manis, cabutan bertuah juga dilakukan pada malam tersebut dengan beberapa penonton bertuah mendapat hadiah berupa gitar peribadi milik gitaris Exists iaitu Along, serta satu set dram.

Anda mungkin berminat dengan

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement