Skip to main content

Hiburan

Tempah Kain Kafan RM999 Dengan Rizalman, Haliza Maysuri Buat Persiapan Ke Alam Kubur - "Pakai Dunia Berjenama…"

dcds

Sekilas

  • Usahawan Haliza Maysuri berkongsi dia sudah menempah kain kafan berjenama daripada pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim sebagai persiapan menghadapi kematian.
  • Set kit kafan tersebut dianggarkan berharga RM999 setiap satu dan dijadikan sebagai peringatan serta persediaan awal untuk kehidupan selepas mati.
  • Haliza menyifatkan tempahan itu sebagai wasiat peribadi supaya jenama pakaian dunia dan akhiratnya seimbang dan istimewa.

Usahawan terkenal, Haliza Maysuri mencuri perhatian ramai selepas berkongsi bahawa dia sudah menempah pakaian untuk ke alam kubur sebagai persiapan menghadapi kematian.

Difahamkan, kain kafan tersebut ditempah khas daripada pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim, dan merupakan set kit kafan yang dianggarkan berharga RM999 bagi setiap set.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Haliza menerusi satu hantaran di Threads apabila dia memuat naik video pertemuannya bersama Rizalman, selain memaparkan sesi unboxing kit kafan berkenaan.

Menurut Haliza, keputusan itu dibuat sebagai satu bentuk peringatan diri serta persediaan awal untuk kehidupan selepas mati.

“Selalu saya tempah busana dunia harga ratusan ribu, selalu dikecam. Mati nanti pakai kain kapan je.

“Hari ini, saya tempah pakaian alam kubur. Jenama Rizalman Ibrahim. Pakaian dunia saya berjenama, akhirat pun kenalah yang terbaik dan berjenama. Barulah seimbang dunia dan akhirat.

“Yang sibuk mengira dosa orang, dah tempah ke kain kapan untuk bawa mati?” katanya.

Malah, usahawan itu turut menyifatkan perkara tersebut sebagai satu wasiat peribadi sekiranya dia meninggal dunia kelak.

“Ini wasiat, kalau saya mati saya tak nak kain kapan biasa. Saya nak kain kapan ini. Sebagaimana baju saya di dunia, begitu jugalah jenama mati saya,” jelasnya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement