Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Lima Aura Berbeza! Siapa Paling Layak Dinobatkan Juara?

Astrogempak TTMM2

Sekilas

  • Pentas Talk To My Manager 2 kini tinggal lima pasangan pengurus dan artis yang bersaing untuk gelaran juara selepas sembilan minggu pertandingan.
  • Setiap peserta membawa keunikan tersendiri, dengan Cik B dan Anggrek menonjol dari segi persembahan manakala Azeva, Hussain dan Kim Khairii kuat dari segi vokal.
  • Penonton menantikan strategi pengurus seperti Datuk A. Aida, Datuk Seri Vida, Adira, Jamilulhayat dan Safura dalam pentas akhir malam ini.

Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) kini semakin menghampiri garisan penamat apabila hanya tinggal lima pasangan pengurus dan artis yang masih bertahan dalam persaingan merebut gelaran juara.

Selepas sembilan minggu berentap, pasangan Datuk A. Aida dan Azeva, Datuk Seri Vida dan Cik B, Adira dan Anggrek, Jamilulhayat dan Hussain serta Safura dan Kim Khairii bakal beraksi habis-habisan untuk membuktikan siapa yang paling layak menjulang trofi kemenangan.

Sepanjang musim ini berlangsung, setiap peserta hadir dengan kelebihan dan keunikan tersendiri sehingga menjadikan ramalan juara musim kedua ini sukar untuk dijangka.

Pada pandangan penulis, kelima-lima bintang mempunyai aura tersendiri yang berjaya mencuri perhatian penonton dari minggu ke minggu.

Meskipun sering menjadi perhatian kerana kekuatan persembahan berbanding vokal, Cik B dan Anggrek dilihat antara peserta yang paling dinantikan setiap kali muncul di pentas.

Kedua-duanya memiliki tenaga luar biasa serta karisma yang mampu menghidupkan suasana persembahan dan membuatkan penonton terus terhibur.

Sementara itu, Azeva, Hussain dan Kim Khairii pula tampil dengan kekuatan vokal yang konsisten.

Mereka bukan sahaja mampu menyampaikan lagu dengan baik, malah mempunyai keupayaan untuk menyentuh emosi penonton menerusi nyanyian yang berkualiti.

Namun, apabila saingan semakin menghampiri kemuncak, persoalan utama yang bermain di fikiran ramai adalah strategi yang bakal digunakan oleh para pengurus mereka.

Adakah Datuk A. Aida akan mempertaruhkan konsep luar jangka buat Azeva? Mampukah Datuk Seri Vida sekali lagi mencipta momen viral bersama Cik B? Atau Adira akan menggunakan pengalaman luasnya dalam industri untuk menyerlahkan potensi Anggrek?

Tidak kurang juga Jamilulhayat yang dilihat bijak menyusun perjalanan Hussain sepanjang pertandingan, manakala Safura pula berjaya membentuk Kim Khairii sebagai antara pencabar utama yang sering memberikan persembahan mantap.

Nantikan pentas akhir Talk To My Manager 2 malam ini.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement