Sekilas
- Adira Suhaimi dan anaknya, Anggrek, diumumkan sebagai bintang dalam program Talk To My Manager 2 yang akan mula bersiaran pada 19 April 2026 di Astro Ria.
- Video pendek Adira sebagai pengurus kepada Anggrek di sidang media program itu mencuri perhatian netizen dengan gelagat lucu dan reaksi positif.
- Musim kedua TTMM menampilkan 10 pasangan pengurus artis serta pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi dan barisan juri yang akan memeriahkan program secara langsung dan On Demand.
Penyanyi, Adira Suhaimi dan anaknya, Anggrek diumumkan sebagai bintang program Talk To My Manager 2 (TTMM2) baru-baru ini.
Walaupun TTMM2 bakal bersiaran pada 19 April depan, namun gelagat Adira bersama anaknya itu sudah mula mencuri tumpuan netizen.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Adira memuat naik video pendek merakamkan momen dirinya bersama Anggrek hadir ke majlis sidang media program tersebut yang berlangsung pada Jumaat.
Adira dilihat tampil dengan ‘karakter’ sebagai seorang pengurus kepada anaknya sendiri, sekali gus mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya terhibur melihat gaya Adira yang dilihat begitu ‘in karakter’ malah ada yang sempat berseloroh mengatakan watak pengurus tersebut kelihatan agak tegas.


Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan mendoakan agar urusan dua beranak itu dipermudahkan sepanjang program berlangsung selain menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat bakat yang ada pada Anggerik.
Talk To My Manager 2 kembali dengan menyaksikan penyertaan 10 pasangan ‘Manager Artis’ iaitu Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii.
Musim kali ini turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.
Talk To My Manager Musim 2 akan mula bersiaran pada 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti.
Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.
Kredit video: @adira.suhaimi