Personaliti media sosial dan usahawan, Fila Amir, meluahkan rasa syukur akhirnya berjaya memiliki rumah pertama bersama suaminya, Adama, selepas hampir tujuh tahun menjalani kehidupan sebagai penyewa.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Fila menerusi satu hantaran terbaru di platform media sosial miliknya, yang turut memaparkan detik-detik istimewa ketika mereka menerima kunci dan melangkah masuk ke kediaman baharu bersama anak perempuan mereka, Assara.
Advertisement
“Alhamdulillah. Amboi Assara bukan main happy kalah mommy. Selepas hampir tujuh tahun berumah tangga, dapat juga memiliki rumah sendiri,” coretnya.
Dalam perkongsian tersebut, Fila turut menzahirkan rasa terharu terhadap suaminya atas pengorbanan dan usahanya untuk memastikan mereka memiliki sebuah rumah di Malaysia, meskipun sering berulang-alik antara Malaysia dan Guinea.
“Terima kasih suami, sanggup berpenat kena berulang alik Malaysia, Guinea. Terima kasih sebab nak yang terbaik untuk isteri dan anak.
“Awalnya dia tak kisah pun kami menyewa di
Malaysia, sebab most of the time sebelum ni banyak kami di Guinea dan dia sendiri ada banyak rumah di Guinea,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fila juga mengatakan bahawa suaminya tidak mahu dirinya dipandang rendah apabila kerap menerima soalan mengenai rumah membuat Adama nekad untuk membeli kediaman tersebut.
“Tapi bila orang selalu tanya “Fila kenapa tak beli rumah, Fila kenapa menyewa je,” dia tak suka orang
pandang rendah isteri dia dan dia memang committed untuk pastikan isteri dia akan ada rumah di Malaysia!
“Dia ketepikan diri dia dan yang lain supaya dia boleh beli rumah untuk kami di Malaysia. Terima kasih sayang ku kerana selalu mengutama saya, syukur,” luahnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Fila: