Skip to main content

Hiburan

Tak Sangka Kembali Bersatu, Nora Ariffin Akui Dr Rushdi Suami Baik - “Saya Harap 2026, Kita Boleh Lebih Tenang”

Nora Ariffin

Sekilas

  • Datuk Nora Ariffin menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, selepas pertimbangan panjang dan sokongan keluarga terdekat, terutama kakaknya.
  • Nora percaya jodoh mereka masih panjang dan berserah kepada ketentuan Allah sambil berazam memberi fokus kepada kerjaya seni pada tahun 2026.
  • Walaupun menghadapi ujian rumah tangga, Nora mengakui Dr Rushdi seorang suami yang baik dan keputusan menarik balik cerai bukan perkara mudah.

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui tidak menyangka jodohnya bersama suami, Dr Rushdi Ramli masih panjang selepas mengambil keputusan menarik balik permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

 

Ujar Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, keputusan tersebut dibuat selepas melalui proses pertimbangan yang panjang selain berserah sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.

 

“Sebenarnya sebelum ini Dr Rushdi pernah membuat permohonan supaya saya menarik balik kes, tetapi ketika itu saya masih 50-50.

 

“Namun untuk hari ini, saya ambil keputusan dan saya percaya dengan ketentuan Allah. Allah telah menentukan bahawa jodoh kami masih panjang. Saya yakin apa yang berlaku ini adalah kehendak Allah,” katanya.

 

Mengulas perasaannya selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi tadi, Nora mengakui berasa gementar namun akhirnya reda dengan keputusan yang diambil.

 

“Sebenarnya tadi apabila peguam, Encik Azmi menerangkan proses dan prosedur, saya agak gementar kerana tidak begitu faham perkara dalaman.

 

“Tetapi hari ini saya sudah faham. Dari segi perasaan, Alhamdulillah, saya berserah kepada Allah. Cuma dari sudut perundangan, kita tetap akan ikut prosedur yang ditetapkan seperti perintah injunksi dan perkara-perkara yang perlu dibuat selepas ini,” ujarnya.

 

Dalam masa sama, penyanyi berusia 51 tahun itu berharap tahun 2026 menjadi lembaran yang lebih tenang buat dirinya, selain mahu memberi tumpuan penuh terhadap kerjaya seni.

 

“Saya berharap tahun 2026 ini kita boleh lebih tenang. Saya juga sangat sibuk dengan kerja pada tahun ini dan ingin lebih fokus kepada diri sendiri serta kerjaya saya. Itu yang lebih penting,” katanya.

 

“Menyentuh mengenai keputusan menarik balik permohonan cerai, Nora menjelaskan langkah tersebut dibuat selepas berbincang dengan keluarga terdekat, khususnya kakaknya.

 

“Sebelum ini Datuk yang memohon perceraian dan hari ini Datuk menarik balik permohonan tersebut. Keputusan ini bukan dibuat secara bersendirian.

 

“Saya berbincang dengan kakak dan keluarga. Namun yang lebih penting, selagi saya masih bergelar isteri, saya perlu menjaga hati suami. Saya tidak boleh memandang remeh kebaikan dia selama ini,” jelasnya.

 

Tambah pelantun Samudera itu lagi, meskipun berdepan gangguan dan ujian rumah tangga, dia mengakui Dr Rushdi sebenarnya seorang suami yang baik dan keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah.

 

“Selain gangguan yang berlaku, dia sebenarnya seorang suami yang baik. Bukan mudah untuk membuat keputusan ini.

 

“Dalam keadaan sekarang, ramai pasangan berpisah. Kita tidak boleh mengharapkan perkahwinan yang sempurna, tetapi kita sendiri perlu berusaha menjadi lebih baik. Insya-Allah,” katanya.

 

Nora turut memaklumkan kakaknya menjadi individu paling kuat memberi sokongan dan membantu dalam membuat keputusan berkenaan.

 

“Orang yang paling kuat membantu saya membuat keputusan ini ialah kakak saya. Dia hadir hari ini dan memberi sokongan. Dia sentiasa mengikuti perkembangan kami dan sering menjadi tempat kami mendapatkan nasihat,” ujarnya.

 

Untuk rekod, pada 21 April tahun lalu, Datuk Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus beberapa konflik susulan hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rushdi terhadapnya.

 

Bagaimanapun, selepas sebulan mengumumkan penceraian tersebut, Nora memaklumkan dia dan suami telah kembali rujuk.

 

Imbas kembali, pada 2021, Datuk Nora mengesahkan dirinya sah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

 

Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Must-Watch Video

Advertisement