Skip to main content

Hiburan

Tak Raya Bersama, Yusuf Bahrin Dan Zizi Kirana Tidak Tinggal Sebumbung?

Zizi Kirana

Sekilas

  • Pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana dikatakan tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama, menimbulkan spekulasi rumah tangga mereka bermasalah.
  • Sumber melaporkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung dan sambut raya dengan keluarga masing-masing, namun belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak.
  • Yusuf dan Zizi berkahwin sejak September 2021 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.

Pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana sekali lagi mencuri perhatian apabila didakwa tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sekali gus menguatkan spekulasi rumah tangga mereka sedang bergolak.

Memetik laporan Mstar, sumber berkata pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum.

“Saya dengar mereka sudah lama tidak tinggal bersama dan sebab itu tahun ini masing-masing sambut raya dengan keluarga sendiri.

“Hubungan mereka dikatakan agak dingin sejak kebelakangan ini, tapi saya tak boleh nak ceritakan punca masalah yang dihadapi,” kata sumber 

Spekulasi tersebut mula diperkatakan selepas Zizi dan Yusuf memuat naik gambar sambutan 1 Syawal di media sosial masing-masing tanpa kehadiran pasangan di sisi.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin dilihat berkongsi foto bersama ahli keluarganya dengan kapsyen ringkas yang mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikut.

Dalam masa sama, Zizi pula memuat naik gambar bersendirian ketika menyambut Aidilfitri, sekali gus membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai keadaan rumah tangga mereka.

Sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021. Sehingga kini, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.


Sumber: Mstar 

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement