Skip to main content

Hiburan

"Tak Puas Membesar Dengan Dia..." - Aril Pilus Rindukan Arwah Izwan Pilus

Astrogempak ARIL

Sekilas

  • Aril Pilus meluahkan rasa rindu terhadap abangnya, Allahyarham Izwan Pilus, menerusi satu hantaran di Threads.
  • Aril berharap abangnya dapat kembali kerana tidak puas mencipta memori bersama semasa hayatnya.
  • Izwan Pilus meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

Penyanyi, Aril Pilus menyorot perhatian netizen selepas meluahkan rasa rindu terhadap abangnya, Allahyarham Izwan Pilus. 

Menerusi satu hantaran di Threads, Aril meyatakan jika ada satu hajat yang boleh dimakbulkan dia mahu abangnya kembali kerana tidak puas mencipta memori bersama. 

“Kalaulah, satu doa/permintaan/hajat korang benar-benar dikabulkan on the spot! Apa yang korang nak?

“Aku: Abang aku 🥲🥲 please, aku tak puas membesar dengan dia,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi hajat mereka dan turut mendoakan buat arwah. 

Sekadar info, penyanyi popular Izwan Pilus, dilaporkan meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius. 

Izwan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement