Primadona, Noor Kumalasari akui selesa mengenakan hijab tidak kira dimana jua dia berada.
Jelasnya, dia sudah menganggap pemakaian tudung itu sudah sebati dengan dirinya sejak mula berhijrah pada usia 40 tahun.
“Pakai tudung ni dah jadi macam daging saya, saya buat apa-apa pun saya tetap bertudung. Sehinggakan suami saya pun tegur saya sebab pakai tudung dalam bilik tidur. Ia dah jadi sebahagian daripada hidup saya, bukan saya buat-buat.
“Kalau saya tertidur kadang-kadang suami saya yang buka tudung saya,kalau saya pergi rumah arwah ibu saya pun dia akan tegur suruh saya buka sebab dalam rumah tapi saya selesa tapi last-last ibu saya yang pakai tudung ikut saya.
“So... the beauty about tudung ni, memang kalau awak dah sebati, memang awak akan sentiasa pakai. Kalau tak ada tu kadang bila keluar bilik je... eh! tudung terlupa, dah pakai baru saya keluar,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelantun lagu Selamat Pagi Sayang ini turut menitipkan pesanan buat wanita di luar sana agar memahami tujuan sebenar bertudung.
Tegasnya, niat adalah kunci utama yang menentukan sama ada pemakaian tudung itu mampu kekal atau sebaliknya.
“Satu benda awak kena tahu, pakai tudung kerana apa? Adakah sebab persekitaran, suami atau kawan-kawan semua pakai jadi awak nak ikut?
“Kalau hati pakai kerana Allah, InsyaAllah ia akan kekal sampai akhir hayat. Saya percaya itu, jadi bila nak pakai tudung niat kena betul. Niat kerana Allah bukan sebab suami suruh, persekitaran,” tambahnya.
Hiburan
Tak Pernah Tanggal Tudung, Noor Kumalasari Kekal Istiqamah Berhijab - “Niat Kena Betul…”