Skip to main content

Hiburan

Tak Pernah Sibuk Hal Artis, Elcah Pelik Kena Saman - “Aku Tak Buat Fitnah Tapi…”

Elcah

Pempengaruh, Elcah tampil mempersoalkan tindakan pelakon Fattah Amin yang memfailkan saman terhadapnya dan suami.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Elcah menegaskan dia tidak pernah mereka cerita mengenai aktor itu sebaliknya hanya menyampaikan apa yang dikatakan oleh wanita yang dikenali sebagai SA.

Advertisement

“Aku tak buat fitnah tapi aku bagitahu si betina ni mengaku sendiri yang dia memang ada sesuatu dengan LLK. Pastu aku pula kau saman? Kenapa tak saman betine yang buat citer bagitahu semua orang dia ada sesuatu dengan LLK?” tulisnya.

Biarpun tidak menyatakan nama Fattah, namun netizen dapat meneka perkataan ‘LLK’ merujuk kepada Fattah memandangkan mahkamah pada Khamis mengarahkan Elcah, dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, menurunkan hantaran di Threads yang didakwa berunsur fitnah terhadap aktor itu.

Tambah Elcah, isu perceraian Fattah dengan bekas isteri, iaitu Nur Fazura juga sudah diketahui seluruh Malaysia.

“Aku pun tak tahu kau ni wujud, tak pernah ambil tahu kau cerai benda-benda. Aku tak ada masa la nak sebok hal artis,” jelasnya lagi.

Elcah turut menegaskan kenyataannya sebelum ini mempunyai bukti sokongan iaitu video pengakuan rakan kepada wanita berkenaan yang menceritakan pelbagai perkara melibatkan Fattah.

Biarpun kenyataan yang dikeluarkan Elcah menerusi Instastory itu telah dipadam namun perkongsian itu sudah tular di laman sosial dan menjadi perbualan hangat netizen.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pasangan pempengaruh, Nuraien Adilla Hasha Akhbar atau Elcah, dan suaminya, Mohd Hafizzuddin Hamri, menurunkan hantaran di Threads yang didakwa berunsur fitnah terhadap Fattah.

Menurut peguamnya, Mohd Faiz Iskandar Hamzah, permohonan injunksi sementara (ad-interim) yang difailkan Fattah telah diluluskan oleh Hakim Datuk Anand Ponnudurai.

Sekadar rekod, saman itu difailkan pada 26 Ogos berhubung kenyataan yang dimuat naik pasangan itu di Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos 2025, mendakwa Fattah berlaku curang ketika masih bergelar suami kepada pelakon popular Nur Fazura, sehingga membawa kepada penceraian mereka.

Selain menuntut permohonan maaf terbuka, Fattah turut memohon injunksi agar pasangan terbabit tidak lagi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah serta menuntut ganti rugi am sekali gus menegaskan keseriusan tindakannya terhadap sebarang fitnah.

Must-Watch Video