Ringkasan AI
- Bella Astillah akan memakai pendakap gigi untuk atasi masalah gigi yang menyebabkan ulser mulut.
- Dia sudah berjumpa doktor dan menunggu proses pemasangan braces dilakukan.
- Bella tidak berkecil hati dengan komen netizen mengenai bentuk giginya sebelum ini.
- Keputusan memakai braces bukan untuk penampilan, tetapi untuk kesihatan mulut.
- Masalah ulser mulut yang dialami Bella berpunca daripada keadaan giginya sendiri.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memaklumkan bahawa dirinya bakal memakai pendakap gigi (braces) tidak lama lagi bagi mengatasi masalah gigi yang sering menyebabkan dirinya mengalami ulser mulut.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia sudahpun berjumpa doktor dan kini menunggu proses seterusnya sebelum pemasangan dilakukan.
@baseemaelhaura jangan berani nak buli bella tau..aduii la pak azad🤣ni bila netizen bgtau gigi bella jongang #bella #bellaastillah #bass #era ♬ Slow and comical BGM(1083863) - Blanket
“Saya akan buat braces, tahu tak Bella dah jumpa doktor. Doktor pun dah hantar simulator,” katanya.
Dalam masa sama, Bella menegaskan dia tidak berkecil hati dengan komen segelintir netizen yang sering mengusiknya kerana bentuk giginya sebelum ini.
“Tak baik tau cakap saya jongang. Saya okey saja sebenarnya, semua manusia pun tak sempurna,” ujarnya.
Tambah Bella lagi, keputusan untuk memasang pendakap gigi bukanlah disebabkan faktor penampilan, sebaliknya lebih kepada masalah kesihatan mulut yang sering dihadapinya.
“Saya tak ada niat nak ubah ciptaan Tuhan. Sebenarnya sebab saya selalu kena ulser, dan punca dia adalah daripada gigi saya sendiri,” jelasnya.