Sekilas
- Aina Abdul baru saja melancarkan single terbaharu berjudul Berjauhan yang lebih santai dan sesuai untuk yang susah tidur malam.
- Lagu ini ciptaan sepenuhnya Aina sendiri dan diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya melalui hubungan jarak jauh (LDR).
- Berjauhan adalah buah tangan terbaru Aina untuk tahun 2026 selepas dua lagu yang dilancarkan pada 2025, termasuk duet bersama Amir Jahari.
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul kembali mencuri perhatian peminat apabila melancarkan single terbaharunya berjudul Berjauhan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Aina mengajak orang ramai untuk mendengar lagu tersebut yang disifatkan sebagai lebih santai.
“Dah dengar lagu baru saya? Baru je release. Sumpah soothing, tak ada jerit pun. Sesuai untuk yang susah tidur malam macam saya,” tulisnya.
Single ini juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Aina sendiri.
Dalam masa sama, Aina turut berkongsi bahawa lagu tersebut diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya melalui hubungan jarak jauh (LDR).
“Hubungan jarak jauh (LDR)… saya pernah melaluinya. Bukan sesuatu yang mudah untuk saya. Jadi saya luahkan pengalaman itu melalui sebuah lagu,” ujarnya.
Berjauhan menjadi buah tangan terbaharu Aina bagi tahun 2026 selepas melancarkan dua buah lagu iaitu Sesaat dan Ayuh Pulang, sebuah lagu duet bersama Amir Jahari pada tahun 2025.