Suami kepada penyanyi popular Syura Badron, iaitu Muhammad Farizat Ismail, memaklumkan bahawa isterinya kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU) di sebuah hospital.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Farizat berkongsi gambar pintu masuk ke unit HDU, memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat isterinya.
Advertisement
“Sekarang Syura masih di HDU (High Dependency Unit). Mungkin doa kalian diangkat. Mohon doa kan @syurabadron sembuh jauh dari segala penyakit,” tulisnya.
Sebelum itu, Farizat memuat naik gambar tangan Syura yang sedang dirawat di katil hospital, lengkap dengan alat pemantauan kesihatan.
“Sayang kuat!! Abie tahu!! Cepat sembuh okay! Abie rindu dah gonjol awak tu sayang @syurabadron," tulisnya.

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan punca dan keadaan sebenar Syura dirawat di HDU.
Meninjau ruangan Instagram Syura, penyanyi yang popular dengan lagu Candak itu kali terakhir mengemaskini akaunnya sekitar tiga hari lalu.