Skip to main content

Hiburan

Syafiqah Aina Nafi Anggap Segamat ‘Membosankan’ - “Saya Tulis Sapporo Yang Boring”

Syafiqah Aina

Sekilas

  • Syafiqah Aina menafikan kenyataannya tentang Segamat sebagai membosankan dan menjelaskan ia berdasarkan pengalaman di Sapporo, Jepun.
  • Beliau menjelaskan Sapporo yang tenang dan bangunan lama mengingatkannya kepada suasana di Segamat, bukan bermaksud mengutuk daerah tersebut.
  • Aina juga berkongsi latar belakangnya yang berasal dari Segamat dan menegaskan dia tidak pernah merendahkan daerah itu.

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Syafiqah Aina menafikan dirinya merendah serta menyifatkan daerah di negeri Johor, Segamat sebagai lokasi yang membosankan.

Menerusi Threads, Aina menjelaskan bahawa kenyataan itu adalah berdasarkan pengalamannya ketika bercuti ke Sapporo, Jepun dan bukannya seperti mana yang telah disalah tafsir sesetengah pihak.

“Saya tulis, Sapporo yang membosankan, vibe dia serius macam masuk bandar Segamat.

“Banguna lama, rasa tenang. Bukan macam bandar Kuala Lumpur. Jangan risau, tak mengata (mengutuk) Segamat,” kongsinya.

Tambah Aina, dia sama sekali tidak akan merendahkan Segamat kerana dia juga berasal dari daerah tersebut.

“Saya juga kampung dekat Buloh Kasap, Segamat. Ayah saya asli orang Jawa asal Segamat. Atuk, nenek dan saudara-mara semua dari sana.

“Bila musim durian memang kutip durian dekat kampung. Tapi memang rasa masuk Sapporo itu auto teringat bandar Segamat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, kenyataan Aina ketika bercuti ke Sapporo, Jepun telah disalah tafsir dan mengundang kecaman ramai.

“Sapporo itu bandar utama di Hokkaido. Kalau ke Hokkaido, jangan fokus sangat pergi Sapporo sebab Sapporo lebih kepada bandar, mall, bangunan tinggi-tinggi dan salji pun sangat terhad.

“Kebanyakan orang ke Hokkaido sebab nak buat aktiviti salji. Kalau tanya saya, lebih menarik pergi kawasan luar dari Sapporo. Sapporo macam bosan sikit, macam masuk Segamat,” kongsinya.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement