Skip to main content

Hiburan

Suami Buat Kejutan, Luna Maya Tergamam Terima Kereta Mewah, Siap Ada Bunga Ros Besar

Astro Gempak 149

Sekilas

  • Luna Maya menerima kejutan kereta mewah BMW i7 xDrive60 Gran Lusso daripada suaminya, Maxime Bouttier, sempena Hari Valentine.
  • Kejutan itu berlaku ketika Luna berada di gimnasium dan dibawa ke lokasi tanpa mengetahui perancangan sebenar.
  • BMW i7 xDrive60 Gran Lusso adalah sedan elektrik premium dengan kuasa 536 hp dan jarak perjalanan sehingga 624 km bagi sekali pengecasan.

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya menerima kejutan romantik iaitu sebuah kereta mewah daripada suaminya, Maxime Bouttier bersempena sambutan Hari Valentine baru-baru ini.

Momen istimewa itu dikongsikan pasangan tersebut menerusi Instagram.

Dalam hantaran berkenaan, Maxime dilihat menghadiahkan sebuah kereta sedan elektrik premium jenis BMW i7 xDrive60 Gran Lusso yang dianggarkan bernilai antara Rp5 hingga Rp7 bilion rupiah (sekitar RM 714,800).

“Harini Valentines day saya ada kejutan manis untuk isteri saya Luna maya, harap dia gembira,” ujar Maxime.

Difahamkan, ketika kejutan dirancang, Luna berada di gimnasium dan langsung tidak mengetahui perancangan yang telah disusun oleh suaminya.

Pasukan Luna kemudiannya membawanya ke lokasi kejutan tanpa mendedahkan tujuan sebenar.

Pada masa sama, Maxime sudah menunggu di dalam kenderaan sambil memegang sejambak bunga ros besar. Sebaik Luna menghampiri kereta tersebut, Maxime segera keluar dan menyapanya.

“Kejutan!” katanya ringkas.

Luna jelas terkejut apabila mengetahui kejutan tersebut adalah sebuah kereta BMW yang dihadiahkan khas untuknya.

“Ini betul-betul daripada kamu?

“Seromantik mana dia? Seromantik ini!,” ujar Luna seakan tidak percaya.

Untuk rekod, BMW i7 xDrive60 Gran Lusso merupakan sedan elektrik mewah yang menampilkan pelbagai ciri canggih serta teknologi terkini dalam segmen kenderaan elektrik premium.

Model tersebut mampu menjana kuasa 400 kW bersamaan 536 kuasa kuda (hp) dan memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam tempoh hanya 4.7 saat. Ia juga menawarkan jarak perjalanan sehingga 624 kilometer bagi sekali pengecasan penuh.

 

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

In-Car Dashboard Rear View Mirror Car Mount GPS Phone Holder 360 Strong Grip Mobile Phone Car Holder

In-Car Dashboard Rear View Mirror Car Mount GPS Phone Holder 360 Strong Grip Mobile Phone Car Holder

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

Perodua Engine Oil Filter Kenari / Kembara / Kancil / Kelisa / Myvi(old) / Viva/ Alza

Perodua Engine Oil Filter Kenari / Kembara / Kancil / Kelisa / Myvi(old) / Viva/ Alza

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Petronas Syntium 3000 DM 5w30 4L Fully Synthetic Engine Oil SN 4L Minyak Hitam Enjin Kereta Car Proton Perodua Toyota

Petronas Syntium 3000 DM 5w30 4L Fully Synthetic Engine Oil SN 4L Minyak Hitam Enjin Kereta Car Proton Perodua Toyota

(Magnetic) S70 X70 X50 X90 Saga BLM FLX Waja Wira Exora Gen2 Persona Inspira Naza Citra Proton Magnet Sun Shade Sunshade

(Magnetic) S70 X70 X50 X90 Saga BLM FLX Waja Wira Exora Gen2 Persona Inspira Naza Citra Proton Magnet Sun Shade Sunshade

Must-Watch Video

Advertisement