Sekilas
- Lima remaja lelaki mendapat rezeki apabila pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi memberikan mereka RM50 setiap seorang sebagai duit raya.
- Perkara itu berlaku ketika Pak Nil berkunjung ke sebuah kedai gadget dan meminta mereka beratur sebelum menghulurkan wang tersebut.
- Perkongsian di Threads itu mendapat pujian ramai atas sikap pemurah Pak Nil dan harapan agar lebih ramai dapat mencontohinya.
Rezeki buat lima remaja lelaki apabila mereka terserempak dengan pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu berkunjung ke sebuah kedai gadget.
Menerusi perkongsian di Threads, Aznil yang mesra disapa Pak Nil dilihat meminta kelima-lima remaja itu untuk beratur sambil mengeluarkan beg duit miliknya.
Pak Nil kemudiannya menghulurkan wang sebanyak RM50 untuk setiap seorang remaja itu untuk diberikan sebagai hadiah duit raya.
“Masih bulan Syawal kan,” tulisnya ringkas.
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji sikap pemurah ditunjukkan Pak Nil.
Warganet juga berharap mereka diberikan kesenangan dan kekayaan seperti Pak Nil dapat berbuat demikian di mana sahaja mereka berada.

Sumber: Threads