Sekilas
- Aktivis kemanusiaan Farah Lee memberi kata semangat kepada calon SPM 2025 selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
- Farah menegaskan keputusan akademik bukan penentu mutlak kejayaan kerana banyak aspek lain dalam kehidupan yang penting.
- Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM 2025 dan berkongsi pengalaman peribadi dengan nada berseloroh.
Aktivis kemanusian, Farah Lee, tampil memberikan kata-kata semangat kepada calon SPM 2025 selepas keputusan peperiksaan diumumkan.
Menurut Farah, keputusan akademik bukanlah penentu mutlak kejayaan seseorang kerana masih banyak aspek lain dalam kehidupan yang memainkan peranan penting.
“SPM bukan penentu segalanya. Terdapat banyak perkara lain yang menentukan kejayaan selain daripada akademik.
“Perjalanan masih jauh, masih banyak sisi dunia yang boleh diteroka. Yang penting sentiasa menjadi manusia yang penuh adab, akhlak dan manfaat. Insya-Allah, itu yang Allah lebih pandang,” katanya.
Dalam masa sama, Farah turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan SPM 2025.
“Anyway, tahniah semua adik-adik SPM 2025. Daripada Auntie Farah yang tak dapat straight 12A sebab subjek English dapat B+,” ujarnya berseloroh.
Sumber - Threads