Skip to main content

Selebriti

Siti Saleha Syukur Tiada Alahan Hamil, Netizen Terhibur Lihat Tarian Comel Dengan Baby Bump - “Amboi Bumil Lincahnya, Baby Boy Ni Rasanya”

Siti Saleha menari babybump

Pelakon, Siti Saleha yang kini sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung, berkongsi rasa syukur apabila melalui fasa kehamilan tanpa sebarang alahan teruk.

Menerusi perkongsian di TikTok, Saleha memaklumkan bahawa dia kini sudah pun melepasi trimester pertama.

Advertisement

“Tiada mengidam, tiada alahan setakat ini. Kini sudah melepasi trimester pertama tanpa mengalami sebarang alahan,” tulisnya.

Hantaran itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan dirinya sedang menari kegembiraan dengan ‘babybump’ yang sudah mula kelihatan.

Aksi comel itu menerima pujian ramai dan rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dan gembira melihat Saleha aktif sepanjang kehamilan.

Malah ada juga yang sudah mula meneka jantina bayi Saleha selepas melihat kelincahan pelakon itu menari.

 

@siti_saleha1 No morning sickness , no cravings…. Thus far #preggy #secondtrimester ♬ original sound - Sam Jorden

Terdahulu, Saleha berkongsi berita kehamilannya menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram. 

Video itu dirakam ketika dia dan suaminya, Joshua Fitton berada di Bali, Indonesia. 

Saleha dan Joshua diijabkabulkan dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, pada Februari lalu.

Sebelum itu, Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 namun jodoh mereka tidak panjang dan hanya bertahan selama empat tahun.

Must-Watch Video

Advertisement