Skip to main content

Hiburan

Shuib, Watie Bakal Timang Baby Girl - “Moga Saya Dapat Mandikan…”

vv

Sekilas

  • Pelawak Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah, bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada April depan.
  • Majlis gender reveal di Gombak diserikan dengan kehadiran keluarga, sahabat, dan beberapa selebriti popular.
  • Pasangan ini berkahwin pada 23 Jun 2023 dan sebelum ini pernah mengalami keguguran, jadi mereka lebih berhati-hati berkongsi berita kehamilan.

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu bersama isterinya, Watie Hanifiah bakal menyambut kehadiran cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada April depan.

Perkara menggembirakan itu dikongsikan menerusi sebuah majlis gender reveal yang diadakan sebentar tadi.

“Kalau daripada dulu saya tak pernah buat gender reveal, Watie yang sukakan menguruskan acara sebegini. Saya seronok kawan-kawan datang. Rasa diraikan.

“Watie dijangka bersalin awal bulan empat. Dan dia akan bersalin melalui czer nanti. Itu memang yang kami mintalah.

“Saya juga mahu nanti apabila Watie selamat bersalin, saya harap dapat mandikan anak ini sebab sebelumnya, memang semua anak saya mandikan kecuali yang keempat (Ayash),” kata Shuib kepada Gempak.

Sementara itu, tambah Watie; “Shuib asalnya nak baby boy, nak Thalita satu-satunya anak perempuan. Masa jumpa doktor ketika empat bulan hamil pun katanya baby boy. Saya nak girl.

“Kemudian dua minggu lepas tu baru beritahu baby girl.”

Pasangan itu ditemui pada majlis Gender Reveal di Gombak, Selangor, pada Sabtu.

Majlis berkenaan bukan sahaja disertai ahli keluarga dan sahabat terdekat, malah turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis seperti Fasha Sandha, Aidil Aziz, Sharifah Shahira, Ijoy Azari, Sharifah Zarina, Siti Sairah serta beberapa selebriti lain.

Sebelum ini, pada November 2025, Shuib mengesahkan kehamilan Watie yang ketika itu memasuki usia lima bulan selepas timbul pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan pengguna media sosial.

Khabar tersebut disambut dengan rasa syukur selepas pasangan itu pernah melalui pengalaman sedih apabila kehilangan anak pada peringkat awal kehamilan terdahulu.

Shuib juga pernah berkongsi mereka memilih untuk tidak menghebahkan berita kehamilan pada peringkat awal kerana trauma keguguran sebelum ini membuatkan mereka lebih berhati hati.

Untuk rekod, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri pada 23 Jun 2023, dua tahun selepas pemergian isteri tercinta Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 2021.

Hasil perkahwinan terdahulu bersama Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement