Skip to main content

Selebriti

Shima Lebih Suka Masak Juadah Berbuka, Pernah Kecewa Dengan Kualiti Bazar Ramadan - “Tengah Lapar, Kita Bayar, Balik Buka Bungkusan…”

shima tak pegi bazar

Sekilas

  • Shima lebih selesa menyediakan juadah berbuka puasa di rumah bersama suami berbanding membeli di bazar Ramadan kerana pengalaman kurang menyenangkan sebelum ini.
  • Dia mengakui jarang ke bazar dan belum pergi tahun ini kerana harga barang yang mahal serta kualiti makanan yang tidak konsisten.
  • Shima akan terlibat dalam Konsert Ijmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 bersama artis-artis terkenal era 80an dan 90an.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Teringin iaitu Shima, mengakui lebih selesa menyediakan juadah berbuka puasa di rumah untuk dinikmati bersama suami berbanding membeli makanan di bazar Ramadan.

Menurut Shima, Ramadan kali ini diisi secara sederhana dan lebih tertumpu kepada masa berkualiti berdua.

“Tahun ini di rumah sahaja, masak sebab saya berdua dengan dengan suami. Kalau ditanya juadah berbuka, saya paling suka kuih lopez dan akok, sedap.

“Saya jarang ke bazar dan tahun ini juga saya belum pergi lagi ke sana. Bukan tak suka cuma sekarang barang pun mahal,” ujarnya.

Shima berkata demikian ketika ditemui pada majlis berberbuka puasa dan sidang media Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang berlangsung di Restoran Saloma pada Khamis.

Tambahnya lagi, pengalaman kurang menyenangkan yang dilaluinya sebelum ini membuatkan dia tawar hati untuk membeli juadah di bazar.

“Kadang-kadang bukan apa, di bazar Ramadan kadang kita lihat orang yang tak pernah berniaga pun ada.

“Yang tak pernah nampak muka dia, tiba-tiba muncul. Jadi makanan yang dia buat itu tak sedap da saya dah pernah kena.

“Sebab saya dah kena saya berani cakap. Kita tengah lapar dan nak berbuka, kita bayar kemudian bila balik, buka bungkusan, lihat makanan sebegitu, apa kita rasa?

“Tapi saya tidak viralkan benda sebegini, cuma saya tak pergi, itu sahaja,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Shima merupakan antara artis terlibat dalam Konsert ljmal Cinta Ramadan 3.0 yang akan berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 ini.

Selain Shima, konsert ini juga menampilkan ramai artis terkemuka dari era 80an dan 90an seperti To'Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy Ratnaku, Mamat Exists, Kopratasa, Zack Kacamata dan The Rayhan.

Anda mungkin berminat dengan

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Must-Watch Video

Advertisement