Penyanyi Shila Amzah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam memberi sokongan kepada kawan, lebih-lebih lagi apabila usia mencecah 30-an.
Advertisement
Menurut Shila, 34, sewaktu usia itu, seseorang pasti akan jumpa dengan rakan-rakan yang sering berdepan masalah hubungan termasuk isu kecurangan, keganasan rumah tangga dan hutang.
“In your 30s you akan jumpa kawan yang always ada relationship problem, curang la, pukul la, hutang la.. nangis-nangis minta nasihat.
“Lepas tu bila dah nasihat, diorang dah berbaik, kita pula boleh jadi salah nanti. Kadang-kadang sayang kawan pun kena berpada,” tulisnya.
Tambah Shila, ada juga segelintir rakan yang asyik berulang kali putus dan berbaik semula sehingga menyusahkan orang lain.
“Hujung-hujung keluar ayat, ‘you tahu tak A suruh I break up dengan you.’ Ada jenis kawan yang menang tak berbaloi langsung untuk kita stay.
“Baiklah kita jaga diri kita je. Buang masa dengan orang yang putus-nyambung tak sudah-sudah,” katanya.
Tambah Shila, lingkaran sosial yang kecil lebih baik untuk menjaga kesihatan mental.
“That’s why, in your 30s keep your circle small, tenang otak,” ujarnya.
Sumber: Threads