Pempengaruh media sosial dan usahawan, Shaniena Natasya akui tidak mudah untuk menjaga anak ketika melalui fasa berpantang selepas bersalin.
Menurut Shaniena, meskipun dia dibantu oleh beberapa orang pembantu rumah namun proses menjaga diri dan bayi yang baharu lahir tetap mencabar serta memerlukan kekuatan mental yang tinggi.
Advertisement
“Ya saya ada dua pembantu ya. Masa saya pantang, tiga orang jaga saya dan anak. Itu pun saya boleh gila. Tambah orang yang tak ada pembantu. Saya memang respek habis,” tulisnya menerusi hantaran di aplikasi Threads.
Dalam hantaran lain, Shaniena turut berkongsi bahawa perubahan hormon selepas bersalin menjadikan dirinya lebih sensitif dan mudah beremosi.
“Bayangkan eh lepas czer, balik umah pantang. Saya jaga anak saya seminggu. Malam anak saya tak nak tidur, dia berjaga malam.
“Semua pembantu saya tidur sebab saya suruh rehat. Wey saya teriak dalam tandas wey. Saya teriak diam diam, sat lagi Dj dengar tobat saya kena.
“Hmm betul emosi lepas bersalin memang tak boleh kawal. Saya memang nak jaga anak aku sendiri. Tapi apakan daya, saya bisnes saya tak boleh, habis ranap.
“Jadi saya memang respek orang lain yang tak ada pembantu,” kongsinya.
Dalam masa sama, Shaniena turut menyatakan sokongan dan empati terhadap selebriti lain yang sedang melalui fasa sama, termasuk pelakon Uqasha Senrose.
“Sorry dengan Uqasha, dia baru beranak confirm dia burst out. Jangan cakap Uqasha, saya pun tiap hari burst out weh. Entahlah, mungkin lepas beranak memang macam tu. Semua benda sensitif,” coretnya.
Sementara itu, netizen juga turut bersetuju dengan perkongsian Shaniena itu dan menyatakan sokongan serta berkongsi alami pengalaman yang serupa.
Berikut merupakan perkongsian Shaniena:
