Skip to main content

Hiburan

Shamsul Ghau Ghau Selesai Jalani Pembedahan, Anak; - “Alhamdulillah Keadaannya Stabil, Terima Kasih Doakan”

Shamsul Ghau Ghau

Sekilas

  • Pelawak dan pelakon Shamsul Ghau Ghau telah menjalani pembedahan selepas mengalami darah beku dalam otak.
  • Anaknya, Megat Ummar Azhar, memaklumkan bahawa keadaan Shamsul kini stabil dan dalam keadaan baik.
  • Rakan artis dan netizen turut mendoakan kesembuhan Shamsul selepas beliau menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Serdang.

Pelawak, pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau dikhabarkan selamat menjalani pembedahan selepas dimasukkan ke hospital akibat darah beku dalam otak, semalam.

Berita itu dikongsikan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Amin yang memuat naik semula hantaran dibuat anak kepada Shamsul iaitu Megat Ummar Azhar.

Kongsi Megat, bapanya kini berada dalam keadaan yang stabil selepas selesai pembedahan.

“Salam, saya anak kepada Pak Su Shamsul ingin memaklumkan bahawa papa saya baru sahaja selesai menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah keadaannya stabil dan berada dalam keadaan yang baik,” kongsinya.

Di akhir perkongsian, Megat menzahirkan ucapan terima kasih atas doa yang diberikan kepada bapanya.

“Terima kasih atas perhatian dan doa daripada semua pihak,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan doa agar Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin dipermudah urusan dan segera sembuh daripada penyakit.

Terdahulu, Shamsul dilaporkan menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas mengalami pendarahan beku pada bahagian otak.

Maklumat tersebut dikongsikan rakan artis, aktres Sheila Mambo selepas menerima berita daripada isteri Shamsul sendiri.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement