Skip to main content

Viral

Setubuhi Anak Gadis Nikita Mirzani, Vadel Badjideh Dihukum 12 Tahun Penjara

nikita

Pempengaruh yang terkenal dengan aksi tarian, Vadel Badjideh menerima pengajaran akibat perbuatannya terhadap Laura Meizani atau Lolly.

Menerusi persidangan terkini di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Jaksa Penuntut Umum (JPU) menjatuhkan hukuman berat terhadapnya.

Advertisement

Vadel dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan denda Rp 1 miliar kerana menyetubuhi dan memaksa anak Nikita Mirzani yang masih di bawah umur menggugurkan kandungan.

“JPU membuat keputusan Vadel Badjideh dipenjara 12 tahun dan denda Rp1 miliar. Hukuman termasuk menyetubuhi dan memaksa anak di bawah umur melakukan pengguguran,”tulis Kompas.

Pemuda itu dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh Nikita pada Februari lalu. Namun dia sempat mendakwa semua pertuduhan Nikita terhadap perbuatannya adalah fitnah.

Terdahulu, Vadel dan Lolly mengaku menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih dan sempat melakukan persetubuhan badan seperti suami-isteri.

Malah Vadel berjanji untuk berkahwin dengan Lolly yang baru berusia 17 tahun dan di bawah umur selepas dia menggugurkan anak mereka.

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Must-Watch Video