Sekilas
- Penyanyi Syada Amzah dedah seorang rakan content creator yang selama ini nampak baik rupanya mengutuk dia di belakang.
- Syada baru tahu perkara itu beberapa bulan lalu selepas diberitahu oleh lebih daripada satu sumber.
- Dia terkejut kerana individu tersebut kelihatan baik dan suci, tapi sebenarnya tidak suka padanya.
Penyanyi Syada Amzah mendedahkan salah seorang rakan yang juga pencipta kandungan atau ‘content creator’ yang selama ini dilihat sangat baik rupa-rupanya mengutuk dirinya di belakang.
Menerusi hantaran di Threads, Syada berkata perkara itu hanya diketahuinya beberapa bulan lalu selepas dimaklumkan oleh lebih daripada satu sumber.
“Beberapa bulan lalu, saya baru dapat tahu salah seorang rakan pencipta kandungan saya, yang baik teramat sangat, depan saya dan di media sosial, tapi mengutuk saya dekat belakang saya.
“Dan yang beritahu saya bukan daripada satu sumber. Cerita yang dia ceritakan itu pun sebenarnya tak mengaibkan tapi terkejut saja la,” katanya.
Menurut Syada, apa yang lebih mengejutkan adalah individu tersebut dilihat sebagai seorang yang baik dan suci, namun sebenarnya tidak menyukai dirinya.
“Seseorang yang kelihatan baik dan suci, rupa-rupanya tak suka kita pun. Individu ini masih tak tahu yang saya tahu dia kutuk saya.
“Jadi macam mana nak pastikan seseorang kawan itu betul-betul baik, bukan fake?” katanya lagi.
Sumber - Threads