Skip to main content

Selebriti

Sentuhan Magis Alha Alfa Buat Sarah Suhairi Tergamam Lihat Wajah Sendiri - “Tak Pernah Rasa Cantik Macam Ni, Nak Nangislah”

Sarah Suhairi

Sekilas

  • Penyanyi Sarah Suhairi terkedu melihat perubahan wajahnya selepas disolek oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa, dengan tema ‘classy, golden, gloom’.
  • Alha mengakui kulit Sarah agak mencabar untuk disolek, namun hasil solekan berjaya memberikan kelainan dan membuat Sarah terharu.
  • Selain Sarah, beberapa selebriti lain seperti Ramona Zamzam dan Wani Kayrie turut mendapat sentuhan solekan Alha untuk tahun 2026.

Penyanyi, Sarah Suhairi akui terkedu melihat perubahan pada wajahnya selepas mendapat sentuhan jurusolek terkemuka negara, Datuk Alha Alfa.

Bertemakan ‘classy, golden, gloom’, ternyata solekan yang dilakukan oleh Alha ini berjaya memberikan kelainan pada wajah Sarah.

Menerusi video yang dikongsi di Instagram Alha, jelas merakamkan gelagat Sarah yang teruja dan tidak sabar menantikan hasil sentuhan magis jurusolek profesional itu.

Antara selebriti yang saya teringin nak make up adalah Sarah Suhairi sebab kulitnya agak mencabar untuk disolek.

“Yang orang kata kalau salah make up boleh jadi kelabu. Kondisi kulitnya memang tip top, cantik dan flawless.

“Tapi nak mantainkan warna kulit selepas make up, itu adalah cabarannya,” jelas Alha.

Bagaimanapun, selepas selesai, Sarah sendiri kelihatan tergamam melihat hasil solekan Alha sehingga menyebabkan dirinya terkedu ketika melihat cermin.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana, saya tak lernah rasa cantik macam ni, nak nangislah, tapi jangan nangis.

“Susah nak dapat look mcam ni. Ini kalau raya ni orang kata saya yang tak sepatutnya dapat duit raya, dapat.

“Approved, terima kasih banyak sebab sudi make up saya cantik cantik macam ni,” ujarnya terharu.

Tidak hanya Sarah, di ruangan komen hantaran berkenaan juga dihujani dengan pujian netizen yang rata-rata bersetuju dengan Sarah.

Selain Sarah, selebriti lain yang mendapat sentuhan magis Alha untuk tahun 2026 setakat ini adalah Ramona Zamzam, Amyza Aznan, Didi Alias, Amylea Azizan, Shiha Zikir Catriona  Ross dan Wani Kayrie.

Untuk info, Alha sebelum ini juga telah melakukan konten ‘30 Make Up Look, 30 Selebriti’ sebagai inspirasi solekan Raya dan mendapat reaksi positif netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

Crystal Jar 3 4 6Pcs Set Bekas Plastic Kuih Raya Luxury with Metal Tray

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

DLEQA Merona Kurung Sulam Minimilast with Drapping Skirt Hidden pocket with Fully Lining (set wanita)

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Must-Watch Video

Advertisement