Personaliti media sosial, Farah Fakhira berkongsi khabar duka mengenai pemergian suami tersayang, Zaidul Ariff.
Difahamkan menerusi perkongsian Farah di Instagram, suaminya dikhabarkan meninggal dunia secara mengejut.
Advertisement
Menurut Farah, suaminya pengsan ketika bermain badminton sebelum dikejarkan ke hospital.
“Berjalan 3 petang, makan sama-sama, sampai kita tunggu solat Maghrib dekat luar sebelum balik.
“Sebelum dia pergi badminton pukul 10 malam, sempat spend masa dekat rumah borak-borak sampai dia send gambar dah sampai.
“Pukul 12 dapat call cakap Zaidul pengsan dan dikejarkan ke hospital. Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada,” maklumnya.
Paling menghibakan apabila Farah memaklumkan sebelum pemergian Zaidul, suaminya itu sempat menemaninya imbasan kehamilan.
“1:06 harini scan baby, ya Allah baby dah besar semua bentuk badan dia jelas dah dan tadi doctor scan muka dia.
“Rasa macam mimpi sangat awak terus tak ada tinggalkan saya dengan anak. Sampai hospital dapat tahu dia dah tak ada,” tulisnya.
Sementara itu, hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan takziah netizen yang mendoakan agar Farah diberi kekuatan untuk menempuh ujian mendatang.
Malah rakan-rakan pempengaruh juga turut memberikan kata-kata penenang buat Farah selain mendoakan sahabat mereka.
 
     
 
                                       
                                       
                                       
                                      