Skip to main content

Hiburan

Selepas 8 Tahun, Wanie Kayrie Hadiahkan 'Kereta Besar' Buat Ibu - "Mama Dah Lama..."

Wanie Kayrie

Sempena ulang tahun kelahiran ibu, penyanyi Wanie Kayrie telah menghadiahkan sebuah kereta baharu buat ibunya sebagai tanda penghargaan atas segala doa dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini.

Menurut Wanie, kali terakhir dia membuat kejutan istimewa buat ibunya itu pada lapan tahun lalu dan memandangkan tahun ini dia mempunyai rezeki yang lebih dia memilih untuk merealisasikan hasrat lama ibunya yang mengimpikan sebuah kenderaan lebih besar dan selesa.

“MasyaAllah Tabarakallah. Pejam celik dah lapan tahun rupanya dari last surprise mama untuk birthday dia. Kali ini, tahun baru, rezeki baru, pencapaian baru.

“Sebenarnya, mama dah lama teringin nak ada kereta besar dan selesa sebab kerja kena jalan jauh dan outstation selalu,” kongsinya.

Tambah Wanie lagi, hadiah tersebut bukan sekadar untuk keselesaan ibunya, malah diharapkan dapat memudahkan urusan mereka sekeluarga termasuk dalam mengembangkan perniagaan yang diusahakan.

Pelantun lagu Cak Cak Cekuk ituturut memaklumkan pasukannya, Wani Kayrie Entertainment, baru sahaja menyambut ulang tahun pertama penubuhannya.

“Dengan hadiah ini, kak harap ni dapat memudahkan urusan kita selalu dalam menjayakan usaha untuk kembangkan team Wani Kayrie Entertainment yang baru masuk satu tahun semalam,

“Terima kasih juga mama selalu doakan kak murah rezeki dan berjaya dalam apa jua kerja kak. Kakak takkan dapat capai semua ni tanpa semangat dan doa dari mama dan adik-adik,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement