Skip to main content

Hiburan

Selalu Tengok Viral Je, Atikah Suhaime Kongsi Sikap Sebenar Agy Lepas Kerja Sekali - “Dia Sangat…”

sddvffd

Sekilas

  • Pelakon Datin Atikah Suhaime puji sikap jujur dan berbudi bahasa penyanyi serta personaliti media sosial, Agy, selepas bekerjasama dalam sesi siaran langsung.
  • Agy menunjukkan komitmen tinggi dan berjaya mempromosikan produk Zaitun milik suami Atikah dengan baik sepanjang sesi tersebut.
  • Atikah berharap dapat bekerjasama lagi dengan Agy pada masa akan datang.

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi pengalamannya ketika bekerja bersama penyanyi dan personaliti media sosial, Agy, yang disifatkannya sebagai seorang individu jujur dan berbudi bahasa.

Menerusi perkongsian di Threads, Atikah meluahkan rasa kagum terhadap sikap Agy sepanjang mereka bekerjasama dalam satu sesi siaran langsung baru-baru ini.

Menurut Atikah, Agy bukan sahaja menjalankan tanggungjawab dengan baik, malah menunjukkan komitmen melebihi jangkaan.

“He’s the sweetest. Dia betul-betul jual produk saya. Selalu tengok dia viral-viral, tapi bila jumpa secara berdepan, dia sangat jujur dan ikhlas serta buat lebih daripada apa yang saya jangkakan.

“Tak hairanlah kenapa dia ada ramai peminat sebab dia memang sangat manis orangnya,” tulisnya.

vdvd

Difahamkan, Atikah dan Agy baru sahaja berganding bahu dalam sesi siaran langsung bagi mempromosikan produk Zaitun, perniagaan milik suaminya, Datuk Lokman Teh.

Dalam pada itu, Atikah turut menyatakan hasrat untuk kembali bekerjasama dengan Agy pada masa akan datang.

“Harap dapat bekerjasama lagi selepas ini, insya-Allah,” katanya.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Must-Watch Video

Advertisement