Skip to main content

Selebriti

“Scene Menangis 30 Saat, Mungkin Ambil Masa 2, 3 Jam Untuk Disiapkan” - Yusuf Bahrin Tepis Anggapan Kerja Pelakon Mudah

Yusuf Bahrin

Sekilas

  • Pelakon Yusuf Bahrin berkongsi bahawa kerjaya sebagai aktor bukanlah semudah yang disangka kerana banyak cabaran dan kerja keras di belakang tabir.
  • Babak emosi yang singkat di skrin memerlukan masa berjam-jam untuk disiapkan, termasuk menunggu, persiapan, dan pengulangan adegan.
  • Yusuf menegaskan kejayaan sesebuah karya adalah hasil kerjasama seluruh pasukan produksi, bukan hanya pelakon semata-mata.

Pelakon, Yusuf Bahrin mendedahkan perkerjaan sebagai seorang aktor itu bukanlah perkara mudah seperti tanggapan segelintir masyarakat yang melihat kerjaya itu sebagai sesuatu yang glamor.

Malah, menerusi perkongsian di Threads, Yusuf berkata terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh pelakon ketika di sebalik tabir.

Sebagai contoh, kata Yusuf, babak emosi yang ditonton penonton dalam tempoh singkat sebenarnya memerlukan masa yang panjang untuk disiapkan di lokasi penggambaran.

“Ramai ingat berlakon ni glamor. Jumpa artis, masuk TV, ramai kenal. Tapi apa yang orang nampak cuma 10 peratus sahaja.

“Lagi 90 peratus tu berlaku belakang kamera. Kerja 9 hingga 5 sebenarnya lagi rileks dalam banyak keadaan. Petang dah boleh balik rumah, makan dengan family, rehat.

“Berlakon? Kadang call time 5 pagi. Balik rumah pukul 12 malam pun belum tentu.

“Ada hari kena tunggu berjam-jam untuk satu scene yang keluar tak sampai dua minit dalam TV.

“Dan yang paling orang tak nampak, bukan semua masa dekat set tu kita berlakon.

“Banyak masa dihabiskan untuk tunggu lighting siap, tukar lokasi, touch up makeup, rehearsal dan retake benda yang sama berkali-kali.

“Scene menangis yang korang tengok 30 saat tu, mungkin ambil masa 2-3 jam untuk siapkan,” jelasnya.


Dalam masa sama, Yusuf turut mengingatkan bahawa kejayaan sesebuah karya bukan hanya bergantung kepada pelakon semata-mata, sebaliknya hasil kerjasama seluruh pasukan produksi yang bekerja keras di belakang tabir.

“Penat fizikal satu hal. Penat mental lagi satu hal. Tapi itu harga yang kena dibayar untuk hasil yang nampak sempurna di skrin.

“Sebab tu aku sentiasa respek semua yang kerja dalam industri ni. Bukan pelakon je. Crew, makeup artist, wardrobe, camera team, sound team, runner dan semua yang bekerja belakang tabir.

“Bila tengok sesuatu karya berjaya, itu bukan kemenangan seorang individu. Itu hasil pengorbanan satu pasukan.

“Dan macam mana-mana kerjaya lain, apa yang nampak mudah dari jauh selalunya jauh lebih susah bila kita sendiri laluinya,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

5️hot sell out Slim Men Denim Jeans Jacket Men Clothes Cowboy Male Jacket Jaket Denim Lelaki Men Jeans Outerwear

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement