Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Berani Nak Cakap…” - Chacha Maembong Perjelas Hubungan ‘Cinta’ Dengan Andy Teh

Chacha Maembong

Pelakon, Chacha Maembong menafikan sedang menjalinkan hubungan istimewa bersama aktor, Andy Teh.

Menurut Chacha atau nama lengkapnya Siti Aishah Ismail Embong,29, hubungannya bersama Andy hanyalah sekadar rakan industri dan tidak mempunyai apa-apa ikatan istimewa seperti yang diperkatakan.

“Kami berkawan, macam mana saya letak statement dekat media sosial, sama sahaja. Kita masih berkawan. Kita orang tak pernah shoot pun, so bila jumpa dekat event and then macam click, so we just friend lah,” katanya kepada Gempak.

Chacha turut menegaskan bahawa perkenalan mereka berlaku secara semula jadi tanpa sebarang perantara.

“Tiada siapa pun kenalkan, dia macam biasalah kita datang event ke mana-mana kan. Macam kita tahu dia pelakon dan kita pelakon, so ya… kita just macam tu jelah. Tak ada siapa kenalkan pun,” tambanhnya.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Andy sebelum ini, Chacha memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berlebihan dan menghormati pandangan rakan pelakonnya itu.

Bagaimanapun, Chacha mengakui Andy merupakan seorang rakan yang sangat baik dan menyokong kerjayanya dalam industri seni.

“Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau itu apa yang dia rasa, ah itu yang dia rasalah. Jadi saya tak berani nak cakap lebih. Like I said, he is a very good friend, very supportive. Dalam industri, dia kawan yang faham cara kerja kita. He’s a very good friend and he’s a very hard working guy," ujarnya.

Terdahulu, pelakon Andy Teh turut menafikan dakwaan kononnya dia sedang bercinta dengan Chacha Maembong.

Menurut Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Hua, hubungan mereka hanyalah di peringkat perkenalan dan tidak lebih daripada itu.

Must-Watch Video

Advertisement