Skip to main content

Hiburan

“Satu Benda Saya Nak Kongsi, Dia Akan…” - Jurugambar Dedah Perangai Sebenar Bella Astillah

Bella Astillah

Jurugambar terkenal yang dikenali Pinography mendedahkan perangai sebenar penyanyi Bella Astillah yang lebih gemar memendam perasaan sedih. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Pino memberitahu penyanyi anak dua itu juga tidak akan menunjukkan kelemahannya kepada umum. 

 

“Saya kenal Bella Astillah ni dah lama… sebelum kewujudan semua-semua ni... satu benda saya nak kongsi dia akan sorokkan kesedihan dia, dia tak drama okeh! 

 

“Dia tak akan tunjuk kelemahan dia… dia akan terus bekerja dan cukup orang yang terdekat tahu isi hatinya,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Pino turut memohon agar netizen berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai Bella. 

 

“Jadi jangan speku macam-macam. Dia tahu semua tapi dia diam sebab? Hatinya rapuh. Kita semua sayang Bella. Jaga kata, jaga hati,” ujarnya. 

 

Terdahulu kecoh di laman sosial mengenai hubungan Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang didakwa diganggu pihak ketiga dan pelbagai spekulasi juga timbul mengenai mereka. 

Must-Watch Video

Advertisement