Ringkasan AI
- Hamish Daud memohon maaf kepada bekas isteri Raisa dan keluarganya atas perceraian mereka.
- Hamish menegaskan hubungan baik tetap dijaga kerana mereka berkongsi anak dan dia tidak mahu drama.
- Dia sedar Raisa sedang sibuk menjaga ibunya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.
- Hamish menafikan dakwaan curang dengan chef Sabrina dan menjelaskan mereka hanya kawan lama serta berkaitan kerja.
- Hamish hadir ke Polres Metro Jakarta Selatan untuk proses hukum laporan pencemaran nama baik terhadap beberapa akaun media sosial.
Hamish Daud menyampaikan permohonan maaf kepada bekas isterinya, penyanyi popular Raisa dan keluarga kerana mengakhiri cinta mereka dengan perceraian.
Permohonan maaf itu dilakukan di hadapan media massa Indonesia yang menemuinya di Polres Jakarta Selatan, baru-baru ini.
“Kami selalu ingin menjaga hubungan baik. She is my bestfriend! Kami punya anak bersama, saya tidak mahu drama," kata Hamish Daud seperti dilaporkan InsertLive.
Pada kesempatan sama, Hamish juga mengatakan dirinya sedar Raisa sedang sibuk menjaga ibunya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat.
"Minta maaf sama dia, sama keluarganya. Dia juga lagi susah dengan ibunya yang sakit. Jadi saya sebisa mungkin untuk menjadi bapak rumah tangga," sambungnya.
Terdahulu lelaki kelahiran Australia itu sempat didakwa curang dengan seorang chef yang dikenali sebagai Sabrina.
Hamish Daud dengan tegas menafikan dakwaan yang disebarkan netizen.
“Tiada orang ketiga (cerai). Mereka hanya kawan saya sejak 20, 10 tahun lalu, mereka bukan orang baharu dengan saya.
Dia juga menjelaskan foto dirinya bersama Sabrina dalam Pinterest hanya berkaitan kerja terutama dalam bidang arkitek.
“Saya minta maaf kepada Sabrina dan keluarganya juga. Mereka tidak patut terseret dalam isu ini,” katanya lagi.
Sementara itu, kedatangan Hamish Daud ke Polres Metro Jakarta Selatan untuk melanjutkan proses hukum atas laporannya pada Julai lalu.
Dalam laporannya, lelaki itu melaporkan beberapa akaun media sosial terkait dugaan pencemaran nama baik.