Skip to main content

Viral

Rumah 2 Tingkat Atas Laut Disita Maritim Terengganu, Netizen Mula ‘Serang’ Laman Sosial Isa Isarb?

Isa Kena Tahan

Nama Isa Isarb menjadi bualan netizen selepas media melaporkan sebuah rumah dua tingkat atas laut dibina seorang YouTuber diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Bidong, Terengganu pada Rabu.

Memetik laporan Kosmo, serbuan pada pukul 6 petang itu menyita platform terapung yang ditunda sebuah bot terbabit pada kedudukan kira-kira 29.63 kilometer dari barat laut perairan Kuala Terengganu.

Advertisement

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, operasi sama turun menahan enam individu berusia dalam lingkungan 21 hingga 32 tahun termasuk pempengaruh lelaki terbabit.

Menjengah ke laman TikTok Isa Isarb, netizen berkata mereka mungkin tidak dapat melihat kandungan tersebut di Youtube kerana Isa telah pun ditahan atas kesalahan tersebut.

Terdahulu, Isa dipercayai cuba membina sebuah platform dua tingkat lengkap dengan set bilik tidur dan sebuah kereta mewah di Pulau Bidong, Terengganu.

Must-Watch Video