Skip to main content

Hiburan

Rosix Omar Dedah Noor Nabila Pilih Guna Pinggan Pakai Buang ‘Premium’ - “Dia Beli Yang Eksklusif Di Amazon”

Noor Nabila

Sekilas

  • Noor Nabila memilih pinggan pakai buang ‘premium’ dari Amazon untuk majlis rumah terbukanya bagi nampak lebih eksklusif.
  • Selain pinggan, Nabila juga beli mangkuk, sudu, dan garfu melalui platform e-dagang yang sama.
  • Perkongsian ini menarik perhatian ramai yang kagum dengan persiapan Nabila dan ada yang bercadang guna semula peralatan tersebut.

Pempengaruh dan usahawan, Noor Nabila menyorot perhafian apabila dilihat hanya memilih untuk menggunakan pinggan pakai buang ‘premium’ sekiranya menganjurkan majlis rumah terbuka.

Difahamkan, barangan ‘premium’ itu dibeli Nabila sendiri secara atas talian melalui syarikat teknologi dan e-dagang terbesar di dunia iaitu Amazon.

Berita itu dikongsikan sendiri rakan baik Nabila yang juga pempengaruh, Rosix Omar menerusi perkongsian di TikTok.

“Nabila taknak pinggan plastik Malaysia, jadi dia pergi Amazon beli yang lebih eksklusif.

“Dia kata beli pinggan ini untuk guna waktu rumah terbuka, nampak lebih cantik tak perlu beli yang biasa macam di kedai. Nabila ni kalau boleh tisu pun beli luar negara,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, Rosix dan Nabila turut menunjukkan beberapa barangan lain seperti mangkuk, sudu dan garfu yang turut dibeli melalui platform yang sama.

“Mangkuk ni nampak tak macam cap ayam, cantik.

“Hidup Nabila ni macam tiada kerja, jadi dia pun belilah benda-benda yang merapu macam ini,” kongsinya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya kagum dengan cara persediaan Nabila buat tetamu yang bakal hadir ke majlis rumah terbukanya.

Malah ada yang berseloroh mengatakan mereka tidak akan membuang peralatan itu selepas digunakan sebaliknya akan membasuhnya untuk digunakan semula.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Must-Watch Video

Advertisement