Skip to main content

Selebriti

Rizky Billar Dedah Makna Nama Anak Ketiga, L’Joyee Tamara Billar - “Terinspirasi Daripada Salah Seorang Pemain Liverpool…”

Nama anak Rizky Billar

Sekilas

  • Pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan Lesti Kejora, memperkenalkan nama anak ketiga mereka, L’Joyee Tamara Billar.
  • Nama tersebut diinspirasikan daripada pemain bola sepak Liverpool, Jota, serta tarikh lahir anak mereka di kota Liverpool.
  • L’Joyee bermaksud kebahagiaan dalam bahasa Inggeris, manakala Tamara bermaksud kurma dalam bahasa Arab, melambangkan sesuatu yang manis.

Pasangan selebriti Indonesia, Rizky Billar dan isterinya iaitu Lesti Kejora memperkenalkan nama yang dipilih untuk anak ketiga mereka.

Menerusi perkongsian Rizky di Instagram, dia memaklum nama yang cukup cantik itu dipilih selepas terinspirasi dengan nama salah seorang pemain kelab bola terkemuka dunia, Liverpool iaitu Jota.

“Perkenalkan nama saya L’Joyee Tamara Billar uncle dan aunty.

“Saya dinamakan kerana terinspirasi dari salah satu pemain Liverpool yang berpulang tahun lalu iaitu, Jota.

“Dan saya juga secara hitungan tanggal lahir di kota Liverpool hehe,” kongsinya.

Dalam pada itu, Rizky juga turut berkongsi makna disebalik pemilihan nama L’Joyee Tamara Billar.

“Boleh dipanggil Joyi, Tamara pun boleh atau Ljoyiii juga. Joyee sendiri beerti kebahagiaan dalam bahasa inggris.

“Sedangkan Tamara dari bahasa arab yang ertinya kurma yang melambangkan sesuatu yang manis.

“Semoga nama yang diberikan kedua orang tua ku dapat menjadi doa yang baik untukku kelak,” tulisnya.

 

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement