Skip to main content

Hiburan

Rindu Teh Tarik & Nasi Kandar, Areef Amran Tak Pernah 'Miss' Balik Raya - "Saya Jenis Homesick..."

Areef Amran

Pelakon meningkat naik, Areef Amran mengakui tidak pernah terlepas untuk pulang ke tanah air setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri meskipun sedang melanjutkan pengajian di luar negara.

Menurut Areef, walaupun dia akan menyambut sebahagian bulan Ramadan di London, dia tetap merancang untuk pulang ke Malaysia menjelang hari raya kerana terlalu merindui suasana perayaan bersama keluarga.

“Oh tak, saya memang akan balik. Saya jenis homesick.

“Saya akan berpuasa di UK tapi bila hampir raya saya akan balik Malaysia. Saya memang tak pernah miss untuk balik beraya,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon yang popular dengan drama Kelas Belakang, pada awalnya dia sememangnya teruja ketika mula-mula berangkat ke luar negara.

Namun selepas beberapa bulan berada di perantauan, rasa rindu terhadap keluarga dan makanan tempatan mula dirasai.

“Pada awalnya bila nak fly memang rasa excited. Seronoklah sebab nak rasa suasana sejuk dan macam pergi bercuti.

Dalam pada itu, Areef berkata dia bukan seorang yang cerewet apabila tiba soal persiapan baju raya.

Menurutnya, sebelum ini keluarganya sering menempah baju raya lebih awal, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini mereka memilih untuk membeli sahaja pakaian yang sudah siap kerana lebih mudah.

“Tapi bila dah enam bulan di sana, memang mula rasa rindu keluarga. Rindu makanan juga seperti teh tarik dan nasi kandar.

“Bila tengok pula WhatsApp mak hantar gambar makanan, lagi terasa rindu. Jadi memang kena baliklah,” ujarnya.

“Saya tak cerewet pun. Dulu keluarga selalu tempah baju raya, tapi beberapa tahun kebelakangan ini kami beli saja sebab lebih senang, tak perlu tempah atau ambil ukuran.

“Tapi rasanya tahun ini mungkin kena tempah juga. Tak tahu lagi sedondon atau tidak, tapi mungkin satu keluarga akan pakai sedondon,” tambahnya. 

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement