Skip to main content

Hiburan

Rindu Masakan Arwah Ibu, Ili Hitz FM Lancar Siri ‘30 Hari Rindu Rasa Ibu’ - “Saya Datang Ke Rumah Anda, Ibu Anda Boleh Masak Hidangan…”

Astro Gempak 161

Sekilas

Penyampai radio Hitz, Ili Ruzanna telah  melancarkan sebuah siri istimewa berjudul 30 Hari Rindu Rasa Ibu bersempena Ramadan, sebagai cara mengubati kerinduannya terhadap masakan arwah ibunya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Ili mendedahkan Ramadan kali ini merupakan tahun keempat dia menyambutnya tanpa ibu tercinta.

“Saya akan cuba rakam video ini tanpa terlalu mengikut perasaan. Jika anda tak tahu, saya telah kehilangan ibu tiga Ramadan lalu. Jadi Ramadan kali ini adalah yang keempat tanpa ibu,” katanya.

Menurut Ili, arwah ibunya sangat gemar memasak dan sering menyediakan hidangan lazat untuk keluarga serta orang sekeliling.

“Saya tak ingat pun bila kali terakhir dia memasak untuk saya. Saya tak tahu apa hidangannya, malah tak ingat hari apa ketika itu. Saya tak akan berbohong, saya benar-benar rindukan masakan ibu saya,” luahnya.

Disebabkan kerinduan itu, Ili terfikir untuk menghasilkan siri 30 Hari Rindu Rasa Ibu, di mana dia akan mengunjungi rumah individu yang sudi menerima kehadirannya dan merasai sendiri masakan ibu mereka.

“Saya bercadang buat satu siri video di mana saya akan datang ke rumah anda jika anda sudi, dan ibu anda boleh masak apa saja hidangan untuk saya dan juga untuk anda.

“Kita akan luangkan masa bersama, ketawa, berkongsi perasaan dan mungkin juga menangis. Saya rasa ia akan jadi seperti ‘rollercoaster’ emosi, tapi juga menyeronokkan,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat boleh mengisi butiran menerusi pautan Google Docs yang disediakan di profil media sosialnya.

“Kalau anda rasa ibu anda sudi memasak untuk saya kerana saya sangat rindukan masakan ibu saya, hantarkan penyertaan anda. Kalau kami pilih, kami akan datang rakam video, bergelak tawa dan menangis bersama ibu anda.

“Ini akan jadi siri yang sangat berat tapi juga sangat bermakna,” katanya.

Penyampai radio Hitz, Ili Ruzanna telah melancarkan sebuah siri istimewa berjudul 30 Hari Rindu Rasa Ibu bersempena Ramadan, sebagai cara mengubati kerinduannya terhadap masakan arwah ibunya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ili mendedahkan Ramadan kali ini merupakan tahun keempat dia menyambutnya tanpa ibu tercinta.

“Saya akan cuba rakam video ini tanpa terlalu mengikut perasaan. Jika anda tak tahu, saya telah kehilangan ibu tiga Ramadan lalu. Jadi Ramadan kali ini adalah yang keempat tanpa ibu,” katanya.

Menurut Ili, arwah ibunya sangat gemar memasak dan sering menyediakan hidangan lazat untuk keluarga serta orang sekeliling.

“Saya tak ingat pun bila kali terakhir dia memasak untuk saya. Saya tak tahu apa hidangannya, malah tak ingat hari apa ketika itu. Saya tak akan berbohong, saya benar-benar rindukan masakan ibu saya,” luahnya.

Disebabkan kerinduan itu, Ili terfikir untuk menghasilkan siri 30 Hari Rindu Rasa Ibu, di mana dia akan mengunjungi rumah individu yang sudi menerima kehadirannya dan merasai sendiri masakan ibu mereka.

“Saya bercadang buat satu siri video di mana saya akan datang ke rumah anda jika anda sudi, dan ibu anda boleh masak apa saja hidangan untuk saya dan juga untuk anda.

“Kita akan luangkan masa bersama, ketawa, berkongsi perasaan dan mungkin juga menangis. Saya rasa ia akan jadi seperti ‘rollercoaster’ emosi, tapi juga menyeronokkan,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat boleh mengisi butiran menerusi pautan Google Docs yang disediakan di profil media sosialnya.

“Kalau anda rasa ibu anda sudi memasak untuk saya kerana saya sangat rindukan masakan ibu saya, hantarkan penyertaan anda. Kalau kami pilih, kami akan datang rakam video, bergelak tawa dan menangis bersama ibu anda.

“Ini akan jadi siri yang sangat berat tapi juga sangat bermakna,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement