Skip to main content

Selebriti

Rendang Ayam Pencen & Rendang Daging Paru Siap! Ada Sebab Zara Zya Masak Hidangan Raya Awal - “Simpan Peti Ais, Frozen Elok-Elok…”

Zara Zya lauk raya

Sekilas

  • Zara Zya berkongsi tips memasak juadah raya lebih awal dan simpan dalam peti ais supaya mudah dipanaskan semula.
  • Dengan cara ini, Zara dapat menikmati malam raya dengan santai tanpa tergesa-gesa di dapur.
  • Netizen turut bersetuju dan ada yang sudah mengamalkan cara memasak awal seperti Zara.

Pelakon, Zara Zya berkongsi tips praktikal bagi memudahkan penyediaan juadah raya.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata antara tips untuk mengelakkan tekanan di dapur pada saat akhir adalah dengan memasak hidangan utama lebih awal dan menyimpannya dengan betul.

“Alhamdulillah, rendang ayam pencen dan rendang daging paru dah siap. Dah beberapa tahun saya buat macam ni.

“Siap masak awal, lepas tu simpan dalam peti ais, frozen elok-elok. Bila raya nanti, tinggal panaskan sahaja,” kongsinya.

Tambah Zara lagi, pendekatan itu membolehkan dirinya menikmati suasana malam raya dengan lebih santai tanpa perlu tergesa-gesa di dapur.

“Hasilnya? Sehari sebelum raya saya boleh relax, tak kelam-kabut di dapur, boleh tidur awal.

“Esok pagi bangun pun fresh, bertenaga nak sambut raya. Boleh lah gedik-gedik raya lepas tu. Gitew,” coretnya.

Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata netizen juga turut bersetuju dengan Zara.

Malah ada juga yang sudah menyediakan hidangan raya awal sama seperti Zara.

Anda mungkin berminat dengan

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement