Skip to main content

Hiburan

Raya Pertama Tanpa Anak, Dr. Fie Tawfik Pilih Luang Masa Dengan Keluarga - “Betul Saya Rasa Awkward…”

Dr.Fie

Sekilas

  • Dr. Fie Tawfik mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini agak kekok kerana sudah tidak bergelar isteri, namun dia bersyukur dapat meluangkan masa bersama keluarga.
  • Anak-anak Dr. Fie menunjukkan reaksi berbeza terhadap perubahan keluarga, dengan anak kedua lebih sensitif dan sering bertanya tentang keadaan mereka.
  • Dr. Fie menegaskan dia tidak pernah bercakap buruk tentang bekas suaminya, Nubhan Ahmad, dan berharap kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan dengan bahagia.

Dr. selebriti dan personaliti media sosial, Dr. Fie Tawfik, mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sedikit kekok buat dirinya memandangkan dia tidak lagi bergelar isteri.

Bagaimanapun, menurut Fie atau Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, dia tetap bersyukur kerana dapat meluangkan masa bersama keluarganya.

“Betul saya rasa awkward, sebab saya macam mana ye nanti tengok orang ambil gambar bersama keluarga, saya nak bergambar dengan siapa? Seorang diri? (berseloroh) 

“Tapi syukur saya masih ada ibu bapa, adik-beradik yang belum berkahwin, jadi ambil gambar bersama mereka. Sebelum ini bila amik gambar dengan anak-anak dapat la rasa riuh nak uruskan mereka. Tahun ini anak-anak akan bersama dengan abah dia dulu, raya kedua baru dapat dekat saya. Jadi tahun ni kita single mingle, tapi saya tetap bersyukur. 

"Mungkin saya dapat lebihkan masa dengan keluarga juga dan keluarga sebelah Kuantan yang saya jarang-jarang jumpa jadi banyak masa untuk saya luangkan masa dengan mereka. Raya kedua saya balik Negeri Sembilan, luangkan masa pula bersama anak-anak," katanya kepada Gempak. 

Berkongsi mengenai reaksi anak-anak terhadap perubahan dalam keluarga mereka, Dr Fie berkata setiap anak mempunyai penerimaan yang berbeza.

Menurutnya, anak sulung tidak terlalu memikirkan perkara tersebut berbeza dengan anak kedua yang disifatkan lebih sensitif dan sering mengemukakan soalan mengenai keadaan keluarga mereka.

“Anak nombor satu tu dia jenis tak kisah sangat. Janji dia dapat beraya, ada mainan dia dan dapat duit raya, dia sudah gembira. Yang nombor dua tu agak sensitif. Soalan-soalan dia kadang-kadang agak ‘panas’, seperti ‘Kenapa ibu tak raya dengan abah?’ atau ‘Ibu dah tak sayang abah ke?

“Yang nombor tiga pula masih kecil, baru tiga tahun, jadi dia tak begitu ambil tahu. Dia lebih gembira dengan dunia dia sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr. Fie menegaskan bahawa dia sentiasa menjawab pertanyaan anak-anak dengan baik tanpa menunjukkan sebarang perasaan negatif terhadap bekas suaminya.

Menurutnya, walau apa pun yang berlaku, Nubhan Ahmad tetap merupakan bapa kepada anak-anak mereka.

“Saya jawab seperti biasa. Saya tak pernah bercakap buruk tentang dia kepada anak-anak.

“Bagaimanapun, dia tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya sayang dia sebagai ayah kepada anak-anak saya,” katanya.

Tambah Dr. Fie, dia berharap kedua-dua pihak dapat meneruskan kehidupan dengan bahagia meskipun tidak lagi bersama.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie, yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement