Sekilas
- Datuk Alha Alfa beri nasihat bahawa solekan yang tidak sempurna atau bercapuk adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan.
- Beliau menegaskan faktor cuaca panas dan peluh boleh mempengaruhi keadaan solekan sepanjang hari.
- Netizen menghargai nasihat Alha Alfa dan berterima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan secara terbuka.
Usahawan dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa tampil memberikan nasihat berhubung isu solekan yang dilihat tidak sempurna sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Alha menegaskan bahawa keadaan solekan yang sedikit bercapuk atau tidak rata adalah sesuatu yang normal.
“Kakak, kakak, adik adik, makeup is makeup. Saya ulang ulang, makeup is makeup!
“Stressnya bukak Threads je nampak muka capuk sikit atas hidung, atas bibir lepas tu captionnya “normal ke macam ni?” “downnya makeup macam ni” “kenapa macam ni ek?” coretnya.

Tambah Alha, orang ramai tidak perlu terlalu risau atau berasa rendah diri hanya kerana solekan tidak kekal sempurna sepanjang hari lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan faktor cuaca panas dan peluh.
“Ya ampun, pegi touch up, go touch up go! normal, it’s normal, makeup je pun. Ini kan makeup atas kulit.
“Kulit pulak peluh panas, rumah tak ada aircond, bahang keluar rumah lagi. Ini bukan cat tau, ini bukan Nippon Weathershield,” jelasnya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen yang mengikuti nasihat Alfa menyatakan rasa puas hati selain berterima kasih kepadanya kerana tidak lokek ilmu.

Sumber: Threads @alhalfa