Skip to main content

Hiburan

Diana Danielle Dapat ‘Me-Time’, Anak-Anak Beraya Bersama Farid Kamil Di Kedah - “Bila Saya Tahu Mereka Gembira Nak Balik Kampung…”

ASTROGEMPAK Diana Danielle

Sekilas

  • Diana Danielle berkongsi anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora, menyambut Aidilfitri bersama bapanya, Farid Kamil, di Kedah.
  • Diana mengambil peluang berehat di Kuala Lumpur sementara anak-anak beraya di kampung bersama datuk dan nenek mereka.
  • Dia percaya penting untuk anak-anak menikmati suasana beraya di kampung dan mengeratkan hubungan keluarga di sana.

Pelakon Diana Danielle memberitahu dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora menyambut Aidilfitri bersama bapanya iaitu Farid Kamil di Kedah. 

 

Menurut Diana, dia tidak perlu bersedih kerana beranggapan dirinya mempunyai lebih masa untuk rehat sementara anak-anak tiada bersama. 

 

“Raya kali ini saya berada di KL sebab anak-anak di Kedah bersama ayahnya. Alhamdulillah, maknya pun boleh rehat. Nanti kita jumpa balik bila mereka balik dari Kedah dan beraya bersama. 

 

“Raya pun sebulan, jadi tak perlulah kita nak bersedih-sedih sangat. Saya pun beraya bersama ibu dan adik saya. 

 

“Bila tak ada anak-anak bersama, maksudnya kurang komitmen untuk kita keluar beraya, nak kutip duit raya itu kan. Anak-anak pun seronok dapat rasa suasana beraya di kampung,“ katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, bagi Diana, dia tidak perlu berebut memandangkan anak-anak gembira untuk meluangkan masa bersama datuk dan nenek di kampung. 

 

“Saya rasa, anak bila dah berpisah dah ada kekurangan. Jadi kita jangan tambah lagi kekurangan. Contohnya, kegembiraan mereka balik kampung, jadi kenapa saya nak berebutkan benda itu? 

 

“Bila saya tahu mereka gembira nak balik kampung. Ia bukan tentang apa yang ibu bapa mahukan, tapi momen seperti raya, kita nak bagi special untuk mereka. 

 

“Lagipun mereka jarang jumpa atuk dan nenek di Kedah berbanding dengan ibu saya yang memang duduk serumah. Kita fikir, bagus untuk mereka jalinkan hubungan dan eratkan lagi silarurrahim dengan keluarga sana,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

KURTA PETAK TELUK BELANGA TRADITIONAL LENGAN TIGA SUKU MATERIAL GERMANY COTTON

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement