Pelakon Que Haidar mencuri perhatian ramai apabila berkongsi beberapa foto memaparkan tubuh ‘sado’ menerusi platform TikTok miliknya baru-baru ini.
Advertisement
Dalam perkongsian itu, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 45, memuat naik gambar ‘mirror selfie’ di gimnasium.
“Life is too short.” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan aktor filem Kampung Pisang itu yang kini kelihatan lebih berotot dan berstamina.
Malah ada yang turut meminta tip dan jadual senamannya.
“Bang, share jadual workout please,” tulis seorang pengguna TikTok.
Tidak lokek berkongsi, Que kemudian mendedahkan rahsia disiplinnya menjaga tubuh.
“Dalam seminggu satu hari cuti. Sehari sekurang-kurangnya dua jam. Kalau ada masa buat dua jam pagi, dua jam malam. Clean diet, no sugar, no salt, no oil, carbo spaghetti kosong.
“Protein dari putih telur rebus, ayam, ayam, ayam, daging, ikan. Protein supplement abang pakai brand Padu Gear… memang padu,” jelasnya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang teruja melihat perubahan fizikal pelakon berkenaan.
“Yeay, my fav actor from Kampung Pisang is back.
“Tidak mudah, bukan tidak mungkin. Selamat kembali crush.
“Inspirasi betul la bang,” komen beberapa netizen.
Sumber: TikTok