Pelakon, Puteri Balqis membidas kenyataan aktor, Daler Yusof yang sebelum ini meminta bapa tiri serta tunangnya agar tidak mencampuri isu kontroversi yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan Daler yang disifatkan keterlaluan serta tidak memahami penderitaan sebenar yang dialami oleh dirinya dan keluarga.
“Jangan kata doa keluarga bertatu tak makbul, dan jangan anggap keluarga bertutup seperti kau pasti masuk syurga. Kalau kau jatuh, keluarga kau jatuh. Itu doa daripada kami, keluarga ini.
"Jangan guna agama kau untuk tunjuk baik. Kami tahu dengan siapa kami perlu berbuat baik. Kau tak payah terlalu mengucap kalau humanity kau tak ada untuk keluarga seperti kami,” tulisnya.
Pelakon muda itu turut menegaskan bahawa ayah tirinya mempunyai hak untuk bersuara dan mempertahankan keluarga mereka.
“Dia bapa aku. Dia suami mak aku yang sah. Dia ada hak untuk mempertahankan kami. Kau tak tahu berapa lama kami diam, berapa lama kami meraung dalam diam. Kau tak tahu macam mana orang-orang itu kenakan mak aku waktu mak aku miskin,” tambahnya.

Bagaimanapun Puteri Balqis mengambil tindakan memadam perkongsian yang dimuat naik di Instagram.
Terdahulu, Daler Yusof berkongsi pendapat berhubung perkongsian tunang dan ayah tiri kepada aktres, Puteri Balqis di media sosial miliknya.
Daler menyifatkan perkongsian mereka adalah keterlaluan dan kasar untuk seorang gadis yang masih muda.
Dalam masa sama, pelakon drama Tuan Anas Mikael itu turut menyarankan agar kedua-dua mereka tidak perlu memasuki campur urusan antara Balqis dan aktres, Mia Sara.