Skip to main content

Kpop

Psy Disiasat, Makan Ubat Tidur Jenis Xanax Tanpa Pengawasan

psy

Penyanyi solo terkenal Korea Selatan, Psy disiasat pihak berkuasa tempatan selepas didapati memiliki ubat tidur mengandungi dadah terlarang tanpa pemantauan pakar.

Pemilik lagu Gangnam Style itu mengambil ubat tidur jenis Xanax dan Stilnox menerusi pihak ketiga termasuk pengurusnya yang menjadi ‘wakil’ kepada pemilik ubat tersebut.

Advertisement

Ubat-ubat tersebut diperoleh daripada sebuah hospital tanpa kehadiran Psy sebagai ‘pesakit’.

Psy dipercayai sudah mengambil Xanax dan Stilnox yang boleh membawa kepada ketagihan jika tidak dikawal dan tanpa pemantauan pakar selama tiga tahun.

Namun pihak agensi, P Nation menerusi kenyataan yang dikeluarkan mendakwa terdapat salah faham mengenai Psy memiliki ubat tidur.

Psy mengaku mengambil ubat tidur kerana memiliki masalah tidur dan pengambilannya dipantau oleh pakar ‘secara jauh’ dari semasa ke semasa.

“Psy telah didiagnos mengalami masalah tidur yang sangat kronik sehingga doktor membekalkan ubat tidur kepadanya.

“Namun memang benar, Psy tidak menerima ia secara langsung tetapi ubat-ubatannya diambil oleh pihak ketiga,” ujar kenyataan tersebut seperti dilaporkan Lifted Asia.

Xanax dan Stilnox merupakan ubat yang digunakan untuk merawat masalah tidur akibat kemurungan dan Anxiety.

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Must-Watch Video