Skip to main content

Hiburan

Profil LinkedIn Redza Minhat Tular, Ramai Kagum Rupa-Rupanya Bukan Calang-Calang Orang - “Patut Dah Lama Tak Nampak Berlakon”

Astro Gempak 536

Sekilas

  • Pelakon Redza Minhat kini memegang jawatan Timbalan Pengarah di Bank Negara Malaysia, mengejutkan ramai netizen.
  • Redza yang pernah popular dengan filem seperti KIL dan Pisau Cukur, dilihat semakin jarang berlakon sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
  • Ramai memuji kebijaksanaan Redza yang juga alumni Malay College Kuala Kangsar, membuktikan bakat seni dan akademiknya sama hebat.

Nama pelakon Redza Minhat kembali menjadi bualan ramai apabila netizen dikejutkan dengan kerjayanya di luar dunia seni yang disifatkan cukup mengagumkan.

Menerusi beberapa perkongsian dalam Threads, ramai meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui pelakon yang pernah popular menerusi filem seperti KIL dan Pisau Cukur itu memegang jawatan penting di Bank Negara Malaysia.

“Aku terkejut bila dapat tahu lelaki ni kerja dekat mana sekarang,” tulis seorang pengguna media sosial.

Malah, seorang lagi pengguna turut berkongsi tangkap layar profil LinkedIn Redza yang memaparkan jawatannya sebagai Timbalan Pengarah (Deputy Director) di Bank Negara Malaysia.

Perkongsian tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum dengan pencapaian pelakon berusia 40 tahun itu.

“Redza Minhat ni dahsyat juga orangnya.

“Antara pelakon yang sangat cerdik. Jawatan dia sekarang pun bukan calang-calang. Patutlah dah lama tak nampak dia berlakon,” komen seorang pengguna.

dfv

Ada juga yang mengaitkan latar belakang akademiknya sebagai bekas pelajar Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

“Redza Minhat alumni MCKK dan Bront Palarae alumni Sultan Abdul Hamid College. Dua-dua ‘makan’ netizen yang kata anak seni anak bodoh,” tulis seorang lagi pengguna.

efr

Selain memuji kebijaksanaannya, ramai turut mengimbau kembali lakonan Redza yang pernah mencuri perhatian menerusi beberapa naskhah tempatan.

“Suka dia berlakon cerita Kill ni. Tak sangka sekarang dia Deputy Director BNM,” tulis seorang netizen.

“Love his work so much. Guna dua-dua otak. Seni pun ya, kira-kira pun ya. Dulu pernah jumpa masa conference CFA Yayasan Peneraju. Suka sangat cara dia cakap.

“Dahlah handsome, kerja bagus pula tu,” komen beberapa pengguna.

Terdahulu, Redza pernah aktif dalam dunia lakonan menerusi beberapa drama dan filem tempatan sebelum dilihat semakin memperlahankan penglibatannya dalam industri hiburan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement