Skip to main content

Hiburan

PGL The Musical Kembali Selepas 20 Tahun, Tiara Jacquelina Janji Versi Lebih Mega & Fresh! - “Ia Karya Yang Dekat Di Hati Peminat”

Astro Gempak

Sekilas

  • Puteri Gunung Ledang The Musical akan kembali dipentaskan pada Oktober 2026 selepas lebih 20 tahun, dengan versi terbaru yang lebih moden dan sinematik.
  • Pengarah dan Penerbit Eksekutif, Puan Seri Tiara Jacquelina, mahu karya ini diberi nafas baharu tanpa menghilangkan emosi asal yang menjadi kekuatan utama pementasan.
  • Musikal ini akan memperkenalkan semula legasi PGL kepada generasi baru sambil mengubat kerinduan peminat setia sejak pementasan terakhir pada 2009.

Karya ikonik Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) akhirnya bakal kembali dipentaskan selepas lebih dua dekad, sekali gus mengubat kerinduan peminat teater tempatan.

Menurut Pengarah dan Penerbit Eksekutifnya, Puan Seri Tiara Jacquelina, keputusan untuk mementaskan semula karya tersebut bukan sekadar bersempena sambutan ke-20 tahun, tetapi kerana sudah tiba masanya untuk memberi nafas baharu kepada produksi berkenaan.

“Ya, sambutan 20 tahun itu memang sangat bermakna buat saya. But more than that, saya rasa inilah masanya untuk Puteri Gunung Ledang The Musical diberi nafas baharu.

“PGL bukan sekadar sebuah pementasan. Ia adalah karya yang sangat dekat di hati ramai rakyat Malaysia.

“Jadi bila kami bawa ia kembali, niat kami bukan sekadar untuk ulang semula, tetapi untuk meraikan legasi itu dan memperkenalkannya semula kepada generasi baru dengan cara yang lebih segar dan lebih immersive,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Tiara menjelaskan versi terbaharu ini akan tampil dengan pendekatan yang lebih moden tanpa menghilangkan emosi asal yang menjadi kekuatan utama karya tersebut.

“Yang penting bagi saya ialah kami mahu kekalkan semangat dan emosi asal PGL, tetapi persembahannya perlu terasa fresh untuk penonton hari ini.

“Versi PGL arahan saya adalah lebih sinematik, lebih megah dan lebih immersive. For the loyal fans, insya-Allah ini akan mengubati kerinduan mereka sejak pementasan terakhir pada tahun 2009. Untuk generasi baru pula, ini peluang untuk mereka melihat sendiri what’s the big deal tentang Puteri Gunung Ledang.

“But at the heart of it, PGL is still about love, longing, sacrifice and destiny. Dan seperti sudah terbukti, tema-tema ini memang timeless hingga ke hari ini,” jelasnya.

Untuk rekod, PGL The Musical mula dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2006 dengan Tiara sendiri membintangi watak utama bersama Stephen Rahman-Hughes. Sambutan luar biasa membawa kepada musim kedua pada Ogos tahun sama serta pementasan di Esplanade, Singapura, sebelum kembali dengan musim ketiga pada 2009.

Kini, selepas lebih sedekad, PGL kembali dalam versi yang lebih segar, megah dan bersifat sinematik, dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

( Limited Offer ) Dr. Macio 8" 10" & 5" Synthetic Latex Single /S.Single /Queen /King Size Mattress Tilam (Free Pillow)

( Limited Offer ) Dr. Macio 8" 10" & 5" Synthetic Latex Single /S.Single /Queen /King Size Mattress Tilam (Free Pillow)

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

Must-Watch Video

Advertisement